Harian Metro

KENA DIBOTOL DULU SEBELUM DILULUS

Vaksin Sinovac harus melalui proses pengilanga­n sebelum menerima kelulusan badan pengawalse­liaan negara

-

Vaksin Covid-19 Sinovac keluaran China yang diterima Malaysia semalam perlu terlebih dahulu melalui proses pengilanga­n oleh syarikat farmaseuti­kal, Pharmaniag­a untuk dinilai dan diberikan kelulusan oleh badan pengawalse­liaan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata, proses pengilanga­n tersebut merupakan antara kriteria yang akan dinilai Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebelum memberikan syor kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk kelulusan.

“Sebab itu ramai tanya kenapa hari ini kita terima vaksin yang masih belum diluluskan badan pengawal selia. Ini disebabkan proses kelulusan daripada badan pengawal selia mesti melihat bagaimana vaksin ini dibotolkan baru boleh diberi kelulusan.

“Ini apa yang disebut, bertujuan untuk menyediaka­n data permohonan pendaftara­n dan menjalanka­n proses validasi, perjalanan sijil analisis produk yang siap dan melihat kepada data kestabilan dari kilang,” kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyambut ketibaan vaksin Sinovac yang dibangunka­n firma farmaseuti­kal China itu secara pukal dalam bentuk cecair sebanyak 200 liter di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dari Beijing, China, semalam.

Khairy menegaskan bahawa penilaian berkenaan perlu dibuat bagi memastikan vaksin yang dibotolkan di kilang Pharmaniag­a, sama dari segi kualiti dan potensi sebagaiman­a dihasilkan pengilang vaksin itu di China.

“Ini membolehka­n data ujian-ujian klinikal ke atas manusia yang dijalankan menggunaka­n produk dihasilkan pengilang di China digunakan Pharmaniag­a untuk sokong produk mereka supaya selamat dan berkesan,” katanya.

Beliau juga menjelaska­n bahawa vaksin berkenaan diterima terlebih dahulu oleh Malaysia walaupun belum diluluskan badan pengawalse­liaan negara kerana mendapati bekalan vaksin Covid-19 dunia ketika ini terhad.

Khairy turut memberi contoh, Singapura yang juga menerima vaksin tersebut dalam bentuk keluaran siap walaupun belum mendapat kelulusan daripada badan pengawalse­liaan mereka.

“Kita nak pastikan walaupun kelulusan badan pengawalse­liaan belum diberi, kita beri kebenaran bawa masuk (vaksin Sinovac) supaya dapat diuji kestabilan­nya di kilang. Jadi bila diluluskan NPRA dan PBKD maka vaksin dah ada sini, senang untuk kita teruskan.

“Saya diberitahu Pharmaniag­a dapat keluarkan dua juta dos (Sinovac) setiap bulan di kilang mereka di Puchong maksudnya kita ada bekalan berterusan dari Pharmaniag­a,” katanya.

Diminta mengulas tempoh jangkaan kelulusan vaksin Sinovac, Khairy berkata, ia terserah kepada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan NPRA.

“Saya tidak tahu dan saya tidak boleh tahu kerana NPRA buat kerja secara bebas dan berkecuali dan saya tidak boleh tanya bila mereka hendak luluskan. Mereka mesti dibenarkan untuk melaksanak­an tugas. Sudah pasti kami mahu mereka luluskan ia selamat secepat mungkin, tetapi tiada cara yang mudah,” katanya.

Mengenai sama ada kelulusan pendaftara­n vaksin Sinovac perlu dilakukan setiap kali kumpulan vaksin berkenaan diterima dari China, Khairy berkata ia hanya akan dilaksanak­an sekali.

“Sekiranya NPRA dah puas hati dengan vaksin yang kita terima pada hari ini dan proses pengilanga­n dan juga ujian kestabilan yang dilaksanak­an (Pharmaniag­a), maka selepas itu akan diberi kelulusan dan didaftarka­n mungkin secara bersyarat sepertiman­a Pfizer,” katanya.

Khairy berkata, NPRA akan melakukan pemeriksaa­n terhadap semua vaksin yang tiba untuk memastikan setiap penghantar­an vaksin tidak ada kecacatan.

Mengenai laporan media bahawa Pentadbira­n Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat meluluskan penyimpana­n vaksin Covid-19 Pfizer pada suhu -20 darjah Celsius berbanding -70 ke -80 darjah Celsius sebelum ini, Khairy mengesahka­n perkara berkenaan.

“Jadi apa yang perlu dilakukan Pfizer sekarang ialah menyerahka­n kepada NPRA data baharu yang menunjukka­n vaksin itu stabil selama dua minggu pada suhu -20 darjah Celsius untuk membolehka­n NPRA membuat kelulusan. Walaupun dah setuju di FDA, kita perlu luluskan di sini,” katanya.

Mengenai status pemeroleha­n vaksin daripada syarikat Johnson & Johnson, Khairy berkata pihak KKM sedang memperhalu­si kertas terma daripada syarikat berkenaan dan beliau telah meminta ia ditandatan­gani Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam masa terdekat.

 ??  ??
 ??  ?? PESAWAT Malaysia Airline yang membawa bekalan pertama vaksin Covid-19 buatan syarikat biofarmase­utikal dari China, Sinovac tiba di Kompleks Kargo, KLIA dari Beijing, China, semalam.
PESAWAT Malaysia Airline yang membawa bekalan pertama vaksin Covid-19 buatan syarikat biofarmase­utikal dari China, Sinovac tiba di Kompleks Kargo, KLIA dari Beijing, China, semalam.
 ??  ?? ENVIROTAIN­ER mengandung­i 200 liter vaksin Sinovac.
ENVIROTAIN­ER mengandung­i 200 liter vaksin Sinovac.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia