Harian Metro

FERRARI 355 BERLINETTA KERETA TERMANJA

24 JAM DALAM PENDINGIN HAWA

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Pendingin udara 24 jam untuk ‘keselesaan’ Ferrari 355 Berlinetta berusia lebih 25 tahun?

Ini bukan ‘cerita kedai kopi’ sebaliknya itulah yang dilakukan oleh ahli perniagaan, Datuk Azhar Ahmad, 55, bagi memastikan kereta berkenaan sentiasa dalam keadaan baik.

Kerana sayang dan minat, Azhar sanggup membina garaj khas yang dilengkapi dengan dua pendingin udara yang dipasang 24 jam bagi menempatka­n

Ferrari itu.

Azhar berkata, kereta yang pernah dimiliki seorang bekas VIP itu dibelinya di sebuah kedai kenderaan terpakai di Subang Jaya, Selangor pada 2004 pada harga RM300,000.

“Kereta itu kemudianny­a dihantar ke bengkel untuk dibaik pulih dan ia ‘tersadai’ kira-kira setahun sepanjang proses itu.

“Saya membelanja­kan kira-kira RM100,000 untuk baik pulih termasuk untuk membeli kelengkapa­n dalaman asli bagi kereta ini seperti sarung kerusi.

“Selepas baik pulih itu, saya menempatka­nnya dalam garaj khas bagi menjaga kualiti komponenny­a seperti sarung kerusi yang diperbuat daripada kulit (asli) bagi mengelak ia berkulat,” katanya ditemui di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Kuala Lumpur. Menurut Azhar, kereta itu cukup istimewa baginya kerana ia dilengkapi gear manual terakhir yang dihasilkan oleh Ferrari.

“Malah, deruman enjinnya juga mirip kereta F1 dan tiada model baharu Ferrari seumpama itu (mirip F1). “Selain itu, kereta ini juga mempunyai suis tersendiri yang apabila dimatikan ketika tidak digunakan, ia akan mematikan semua kuasa serta sistem kenderaan berkenaan.

“Ia sekali gus memelihara kuasa serta sistem kereta itu menyebabka­n baterinya tahan lama dengan kali terakhir ia ditukar ialah pada

Saya menempatka­nnya dalam garaj khas bagi menjaga kualiti komponenny­a Azhar

10 tahun lalu,” katanya.

Menurut Azhar, beliau kemudian memohon untuk mendapatka­n status klasik atau vintaj bagi kereta itu yang sudah berusia lebih 25 tahun.

“Ada kenalan yang memaklumka­n bahawa pihak JPJ ada mengeluark­an status bagi kereta klasik atau vintaj yang berusia 25 tahun ke atas.

“Apa yang penting bagi saya untuk memohon status itu adalah bagi mendapatka­n pengiktira­fan daripada pihak berkuasa (JPJ) bahawa kereta itu dikategori­kan sebagai klasik atau vintaj.

“Selain itu, kereta yang mendapat status itu juga mendapat penguranga­n cukai jalan sebanyak 80 peratus bagi tempoh lima tahun, sekali gus menjadikan cukai kereta berkenaan yang lebih RM3,000 kepada kurang RM1,000,” katanya.

Selain Ferrari 355 Berlinetta, Azhar juga memiliki Porsche 911 Turbo, Mercedes S55, Mercedes 140 dan Mazda 808.

 ??  ??
 ??  ?? AZHAR membelanja­kan kira-kira RM100,000 untuk baik pulih termasuk untuk membeli kelengkapa­n dalaman asli.
AZHAR membelanja­kan kira-kira RM100,000 untuk baik pulih termasuk untuk membeli kelengkapa­n dalaman asli.
 ??  ?? KERETA milik Azhar cukup istimewa kerana dilengkapi gear manual terakhir yang dihasilkan oleh Ferrari.
KERETA milik Azhar cukup istimewa kerana dilengkapi gear manual terakhir yang dihasilkan oleh Ferrari.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia