Harian Metro

PEMBURU KILAUAN EMAS

Penurunan harga sejak tahun lalu lonjak jualan di premis hingga RM1.5 juta sebulan

- Oleh Muhamaad Razis Ismail, Nurul Husna Mahmud dan Nor ‘Asyikin Mat Hayin am@hmetro.com.my

Penurunan harga emas sejak tahun lalu menyebabka­n jualan peniaga barangan kemas melonjak antara RM1 juta hingga RM1.5 juta sebulan berbanding RM500,000 sebelum ini.

Ia berlaku apabila kedai emas ini diserbu orang ramai yang mahu membeli sebagai pelaburan jangka panjang.

Presiden Persekutua­n Tukang Emas dan Perhiasan Malaysia Datuk Steven Siow berkata, bukan itu saja, malah pengilang juga tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pekedai yang sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.

“Penurunan harga emas ini menyebabka­n kebanyakan kedai emas di seluruh negara diserbu ‘penggemar’ emas.

“Biarpun pandemik Covid-19 mengakibat­kan ramai yang terjejas namun ramai juga yang mempunyai lebihan wang untuk membeli emas sebagai pelaburan jangka panjang,” katanya dihubungi.

Menurut Steven, kesedaran masyarakat untuk menjadikan emas sebagai pelaburan jangka masa panjang dilihat semakin meningkat.

“Sejak tahun lalu, jualan hampir 1,300 peniaga emas negara yang berdaftar dengan pihak kami

Biarpun ramai yang terjejas akibat pandemik Covid-19, pengguna masih mempunyai kuasa membeli hasil daripada bantuan kerajaan”

Steven Siow

meningkat sehingga sekali atau dua kali ganda.

“Ada dalam kalangan pemilik kedai yang sebelum ini memperoleh jualan RM500,000 namun kini ter- senyum lebar apabila memperoleh RM1 juta hingga RM1.5 juta.

“Bagaimanap­un, ada juga kedai yang mengalami jualan merosot kerana bergantung kepada harga barang kemas yang ditawarkan,” katanya. Menurut Steven, biarpun ramai yang terjejas akibat pandemik Covid-19, pengguna masih mempunyai kuasa membeli hasil daripada bantuan kerajaan. “Pelaksanaa­n moratorium memberi peluang kepada pengguna menggunaka­n wang lebihan untuk membeli emas.

“Malah, penjawat awam yang tidak terjejas turut mengambil kesempatan membeli barang kemas sebagai pelaburan di masa hadapan,” katanya.

Pada masa sama, menurut Steven, semakin ramai peniaga Bumiputera terbabit dengan perniagaan barangan kemas kerana ia mampu menjana pendapatan lumayan.

“Jumlah peniaga Bumiputera meningkat seperti di Kelantan, Terengganu dan Kedah kerana jumlah orang Melayu tinggi di negeri berkenaan.

“Bukan itu saja, malah ramai juga yang berniaga barangan kemas secara dalam talian,” katanya.

 ??  ?? PENURUNAN harga emas menyebabka­n kebanyakan kedai emas di seluruh negara diserbu ‘penggemar’ emas.
PENURUNAN harga emas menyebabka­n kebanyakan kedai emas di seluruh negara diserbu ‘penggemar’ emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia