Harian Metro

Pembeli emas terpakai pula terjejas

-

Selayang: Kenaikan emas ‘rahmat’ bagi peminat barangan kemas, tetapi bagi pembeli emas terpakai seperti Nazir Zulhemay, 32, keadaan itu menjejaska­n hasil atau pendapatan mereka. Kata Nazir, fenomena penurunan harga emas seperti dinikmati rakyat Malaysia ketika ini biasanya menarik pembeli emas baharu atau pemilik emas lama yang menukar dan menaik taraf barang kemas masing-masing. “Musim pandemik tahun lalu, sepanjang Mei hingga Ogos, ramai yang menjual barang kemas kerana hendak guna wang dan sebagainya.

“Purata belian emas terpakai saya peroleh sekitar 150 gram hingga 300 gram sehari. “Kemudian, jumlah pemilik barang emas yang mahu menjual barangan kemas mula berkuranga­n pada September dan lebih ketara pada Oktober lalu apabila i-Sinar mula diagihkan,” katanya.

Menurut Nazir, harga emas pula semakin menurun bermula Januari lalu menyebabka­n ramai pemilik barangan kemas tidak menjual sebaliknya menukar emas mereka,” katanya.

Menurut Nazir, ketika ini, dalam seminggu, dia hanya memperoleh kira-kira 200 gram emas berbanding sehingga 300 gram sehari sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Katanya, pendapatan­nya sepanjang Mei hingga Ogos lalu juga meningkat tiga kali ganda.

“Pada bulan biasa, pendapatan saya sekitar RM5,000 sebulan, tetapi dalam tempoh PKP, ia mencecah belasan ribu ringgit,” katanya.

Menurut Nazir yang mula berkecimpu­ng membeli emas atas talian pada 2009, lelaki lebih gemar membeli gold bar berbanding wanita.

“Saya terbabit dalam industri ini daripada bawah bermula dengan bekerja di kedai emas, kemudian belajar kenal dan cuci emas.

“Apabila sudah tahu selok-belok, saya belajar beli dan jual emas namun sebahagian besar urusan terutama membeli emas terpakai dibuat secara atas talian,” katanya.

 ??  ?? PELANGGAN menyerbu kedai emas susulan penurunan harga emas.
PELANGGAN menyerbu kedai emas susulan penurunan harga emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia