Harian Metro

Kompaun RM10,000 hanya untuk kesalahan berulang

-

Jeli:

Kompaun RM10,000 yang berkuat kuasa 11 Mac ini hanya dikenakan terhadap individu yang melakukan kesalahan berulang dan kesalahan yang boleh mencetuska­n penularan wabak Covid-19.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, kenaikan kompaun berkenaan bukan dikenakan bagi semua kesalahan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Beliau berkata, polis akan mengeluark­an tawaran kompaun berkenaan berdasarka­n rekod yang mereka ada.

“Kita akui ramai yang salah faham dan bimbang dengan jumlah kompaun sehingga RM10,000. Namun ia bukan dikenakan kepada semua kesalahan termasuk gagal memakai pelitup muka.

“Sebaliknya untuk kesalahan tertentu iaitu mereka yang degil dengan melakukan kesalahan berulang serta mereka yang melanggar SOP termasuk rentas negeri sehingga menyebabka­n berlakunya penularan Covid-19.

“Namun, individu yang dikenakan kompaun RM10,000 itu boleh membuat rayuan untuk penguranga­n kompaun kepada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mungkin daripada kompaun RM10,000, hanya dikenakan RM200 sahaja selepas rayuan dan alasan yang diberikan,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, pihaknya hanya terbabit dalam penguatkua­saan dengan mengeluark­an kompaun dan polis tidak boleh menerima bayaran kompaun.

Media sebelum ini melaporkan, Pejabat Peguam Negara memaklumka­n, orang ramai yang didapati melanggar Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikenakan kompaun sehingga RM10,000 berkuat kuasa 11 Mac.

Kompaun sebanyak RM50,000 turut akan dikenakan bagi syarikat yang didapati melakukan kesalahan yang sama.

Perkara itu sudah diwartakan di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Kita akui ramai yang salah faham dengan jumlah kompaun sehingga RM10,000 Abdul Hamid

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia