Harian Metro

Selangor kekal kes baharu tertinggi

-

Kuala Lumpur:

Selangor kekal mencatat kes baharu tertinggi iaitu 862 daripada 2,364 kes baharu jangkitan virus Covid-19, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes di Selangor itu, sebanyak 704 kes (81.7 peratus) adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Menurutnya, jumlah kedua tertinggi kes Covid-19 semalam adalah Johor (314) diikuti Perak (305), Sarawak (255) dan Sabah dengan 157 kes.

“Sebanyak 52 kes (2.2 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster di penjara yang membabitka­n Kluster Tembok Tapah (29 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (13 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (4 kes), Kluster Tembok Mempaga (tiga kes), Kluster Tembok Bukit Besi (satu kes), Kluster Telok Mas (satu kes) dan Kluster Tembok Taiping (satu kes).

“Kes kematian pula membabitka­n enam kes di Kuala Lumpur, dua kes di Selangor dan masing-masing satu kes di Johor dan Sarawak.

“Sebanyak lapan lapan kes adalah warganegar­a dan dua kes lagi bukan warganegar­a. Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapka­n takziah kepada semua ahli keluarga mereka,” katanya dalam kenyataan media berkenaan situasi terkini Covid-19, semalam.

KKM juga ingin memaklumka­n terdapat lapan kluster baharu yang sudah dikenal pasti semalam.

Kluster baharu itu, katanya, membabitka­n tujuh kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster membabitka­n komuniti.

“Kluster baharu tempat kerja adalah Jalan Scientex Jaya (Johor) Jalan Mega Teknologi (Johor), Jalan Permas Sembilan (Johor), Jalan Gemilang Satu (Johor(, Jalan Tampoi Besi (Johor), Kampung Pulau Raja (Kelantan) dan Jalan Tasek Avenue (Perak) manakal kluster komuniti ialah Buloh (Sarawak),” katanya.

Lapan kluster baharu dikenal pasti semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia