Harian Metro

BAS REMPUH PONDOK TOL

Enam pesakit Covid-19 menuju PKRC Maeps 2.0 cedera ringan

- Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor am@hmetro.com.my

Enam pesakit Covid-19 yang cedera ringan selepas bas ekspres membawa mereka terbabit kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang, dekat sini, adalah pesakit dari kluster Jalan Changkat Jong, Perak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit terbabit dalam perjalanan untuk dipindahka­n ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Maeps 2.0.

Bagaimanap­un, katanya, ketika dalam perjalanan satu daripada bas konvoi dari Perak itu terbabit dalam kemalangan.

“Pesakit dalam bas itu kemudian dipindahka­n ke bas lain dan dibawa ke Maeps.

“Seramai enam pesakit terbabit dalam kejadian itu dan mengalami kecederan ringan,” katanya ketika dihubungi, semalam. Dr Noor Hisham berkata, penumpang bas terbabit dikesan positif dari kilang dan dipindahka­n ke Maeps untuk rawatan.

“Sebanyak 11 bas membawa pesakit Covid-19 selepas PKRC Ipoh tidak dapat menampung semua kes susulan ramai dikesan positif Covid-19 semalam dan dipindahka­n ke Maeps,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Selangor, Superinten­dan Azman Shari’at mengesahka­n kejadian dan kes masih dalam siasatan

Harian Metro sebelum ini melaporkan sebuah bas ekspres membawa pesakit Covid-19 terbabit kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang.

Kejadian berlaku jam 3 petang ketika bas itu dalam perjalanan dari Perak ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Maeps 2.0.

Setakat ini, enam penumpang bas dilaporkan cedera ringan dan dibawa terus ke Maeps, Serdang untuk rawatan lanjut.

 ??  ?? KEADAAN bas membawa pesakit Covid-19 yang terbabit kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang, semalam.
KEADAAN bas membawa pesakit Covid-19 yang terbabit kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? PUNCA kejadian masih dalam siasatan.
PUNCA kejadian masih dalam siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia