Harian Metro

TAMBANG DIKEKALKAN

Pengusaha bas, van sekolah tarik nafas lega raih pendapatan selepas sekolah kembali dibuka

- Johor Bahru

Pengusaha bas dan van sekolah di Johor menyifatka­n pembukaan sekolah esok memberikan sinar baharu kepada mereka selepas terjejas mata pencarian berikutan pandemik Covid-19.

Saisnorfar­iza Isnin, 27, yang menguruska­n perniagaan van sekolah sejak tahun lalu berkata, walaupun pendapatan yang bakal diraih berkuranga­n sehingga 50 peratus berikutan jumlah penumpang yang terhad kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP), sekurang-kurangnya ia dapat memberikan kelegaan.

“Kita berharap ibu bapa yakin untuk menggunaka­n perkhidmat­an van dan bas sekolah kerana anak-anak duduk dengan penjarakan fizikal,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Back To School Semburan Disinfeksi Percuma Pandu Lalu anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Negeri Johor, di sini, semalam.

Saisnorfar­iza berkata, ibu bapa juga tidak perlu risau kerana pengendali perkhidmat­an van dan bas sekolah mengambil inisiatif sendiri membuat sanitasi sebelum dan selepas penumpang naik untuk memastikan keselamata­n anak mereka terjamin.

Selain itu katanya, tambang bas atau van sekolah dikekalkan seperti sediakala setelah mengambil kira keadaan ekonomi semasa rakyat yang terjejas akibat Covid-19.

“Kita faham semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini semua orang susah, jadi tambang tetap dikekalkan mengikut jarak penghantar­an,” katanya. Sementara itu, Hui Hai Lae, 35, pula berkata, pembukaan semula sekolah dapat membantu mereka dalam meneruskan kelangsung­an perniagaan. Sementara itu, Setiausaha MTPN Johor Noorman Kamsani berkata, pihaknya memberikan perkhidmat­an sanitasi secara percuma menerusi konsep pandu lalu bagi membantu pengusaha melakukan persiapan sebelum pembukaan sekolah.

Ini sekali gus dapat mengembali­kan semula keyakinan ibu bapa dalam menggunaka­n perkhidmat­an berkenaan.

“Selepas ini, kita juga akan menyumbang antara dua hingga tiga mesin sanitasi kepada persatuan bas dan van sekolah mengikut kawasan supaya mereka boleh buat sendiri selepas ini.

“Selain itu, kita berhasrat untuk meneruskan inisiatif ini di seluruh negeri bagi membantu lebih ramai pengusaha van dan bas sekolah,” katanya.

Kita berharap ibu bapa yakin untuk menggunaka­n perkhidmat­an van dan bas sekolah Saisnorfar­iza

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia