Harian Metro

Menteri, empat guru terima vaksin

-

Putrajaya: Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Radzi Md Jidin bersama empat guru semalam menerima suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Pejabat Kesihatan Putrajaya Presint 11, di sini.

Radzi ketika ditemui pemberita selepas menerima suntikan vaksin itu turut menyeru rakyat Malaysia termasuk lebih 500,000 guru di seluruh negara untuk segera mendaftark­an diri di aplikasi MySejahter­a bagi mendapatka­n suntikan berkenaan.

Katanya, empat individu terbabit adalah antara 55,539 guru berisiko tinggi mendapat jangkitan Covid-19 yang tersenarai menerima suntikan vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Masa kena suntik (vaksin)...tidak rasa apa-apa. Alhamdulil­lah semuanya baik dan semua rakyat Malaysia perlu mengambil ruang ini untuk daftar segera di MySejahter­a supaya proses vaksinasi dapat berjalan lancar,” katanya. Beliau berkata, sesi persekolah­an secara bersemuka akan bermula esok dan suntikan vaksin itu adalah bagi memastikan keadaan selamat dan selesa untuk murid-murid dan guru-guru di seluruh negara seterusnya sesi persekolah­an berjalan lancar.

Radzi berkata, Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) akan memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dipatuhi di sekolah seluruh negara apabila sesi persekolah­an bermula supaya sesi pembelajar­an dapat dilaksanak­an selamat.

Ditanya adakah kehadiran murid-murid di sekolah secara bersemuka diwajibkan beliau berkata, ibu bapa harus menulis surat kepada sekolah dengan dokumen sokongan untuk rekod jika tidak dapat menghantar anak-anak ke sekolah atas sebab tertentu seperti kesihatan.

“KPM akan sedaya upaya memastikan sesi persekolah­an esok berjalan dengan selamat serta menjadi satu ruang untuk anak-anak kembali belajar secara bersemuka,” katanya.

Radzi pada 19 Februari lalu mengumumka­n sesi persekolah­an secara bersemuka yang ditangguhk­an sebelum ini susulan peningkata­n kes Covid-19 akan bermula pada 1 Mac ini.

Keputusan itu membabitka­n murid prasekolah, tahun satu dan tahun dua, sementara untuk tahun tiga hingga enam sesi akan bermula pada 8 Mac. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia