Harian Metro

Pilot wanita bangga bawa pulang Sinovac

-

Sepang: “Saya sangat bangga dan terharu,” kata Nur Waie Hidayah Mohamad Rasidin, satu-satunya juruterban­g wanita dan daripada lima juruterban­g yang dipertangg­ungjawabka­n menerbangk­an vaksin Sinovac yang tiba di negara ini dengan selamat.

Nur Waie Hidayah, 23, yang diberi peranan mengendali­kan pesawat Airbus 330-300 untuk penerbanga­n dari Beijing, China ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) berbangga kerana dapat memecahkan tradisi dunia penerbanga­n yang biasanya dimonopoli juruterban­g lelaki.

“Saya sangat bangga dan terharu. Tiada perbezaan menjadi (juruterban­g) lelaki atau wanita. Kami semua diberikan

latihan yang sama dan melalui prosedur yang sama,” katanya ketika ditemui selepas mendaratka­n pesawat tersebut di KLIA, dekat sini, semalam.

Nur Waie Hidayah yang menyertai Malaysia Airlines sejak 2017 mengendali­kan pesawat itu dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Beijing jam 2.30 pagi (waktu Malaysia) dan mendarat di KLIA, kira-kira jam 9 pagi semalam.

Katanya, beliau dan rakan pasukannya membuat persiapan sejak lima bulan lalu termasuk mempelajar­i mengenai envirotain­er iaitu bekas khas mengandung­i vaksin jenis Sinovac yang berkemampu­an mengekalka­n suhu kandungan antara 2 ke 8 darjah Celsius.

Empat juruterban­g lain yang mengendali­kan pesawat itu adalah Datuk Kapten Tengku Ahmad Farizanude­an Al-Haj, Chin Vun Ben, Kapten Mohamed Razif Abdul Aziz dan Kapten Khairul Syukri Khali.

Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH319 dengan hiasan Jalur Gemilang membawa envirotain­er mengandung­i 200 liter vaksin Sinovac.

Sementara itu, Mohamed Razif , 53, berkata, lima juruterban­g dikerahkan sekali bagi penerbanga­n dua hala itu atas faktor keselamata­n vaksin yang dibawanya selain tidak mahu mengambil masa yang lama untuk berada di Beijing.

Beliau menjelaska­n pesawat Passenger-to-Cargo (PC2) yang digunakan untuk perkhidmat­an kargo itu berlepas dari KLIA pada jam 7 malam kelmarin dan tiba di

Beijing pada jam 1 pagi.

“Sebaik tiba, operasi memunggah vaksin dijalankan dan kami terbang kembali dari Beijing pada jam 2.30 pagi tanpa melengahka­n masa,” katanya.

Anak jati Selangor itu berkata, operasi memunggah dan memindahka­n vaksin mengambil masa yang agak lama kerana suhu di China berada di bawah 0 darjah celcius kelmarin.

Meskipun berbekalka­n pengalaman 31 tahun dalam dunia penerbanga­n, beliau mengakui sedikit risau kerana tidak mahu sebarang perkara tidak diingini berlaku sehingga gagal membawa vaksin ke tanah air.

Vaksin Sinovac itu adalah vaksin Covid-19 kedua yang tiba di Malaysia selepas vaksin Pfizer-BioNTech.

 ??  ?? NUR Waie Hidayah melambai selepas tiba di KLIA, semalam.
NUR Waie Hidayah melambai selepas tiba di KLIA, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia