Harian Metro

DAHULUKAN PETUGAS

Sultan Selangor berkenan terima suntikan vaksin selepas anggota barisan hadapan

- Oleh Ruwaida Md Zain am@metro.com.my

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah Alhaj berkenan untuk menerima giliran suntikan vaksin Covid-19 selepas semua petugas barisan hadapan di Selangor selesai menerimany­a.

Istana Alam Shah dalam satu kenyataan melalui Selangor Royal Office berkata, baginda bertitah keutamaan pemberian vaksin ketika ini harus ditumpukan kepada petugas barisan hadapan yang sentiasa berdepan risiko jangkitan yang lebih tinggi.

“Justeru, sehingga semua petugas barisan hadapan mendapatka­n suntikan vaksin masing-masing, baginda sendiri akan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa termasuk memakai pelitup muka, mengekalka­n penjarakan fizikal lebih satu meter serta duduk di rumah sekiranya tidak perlu untuk berada di luar,” katanya.

Dalam kenyataan itu juga, baginda berkenan menasihatk­an rakyat Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya agar mendapatka­n suntikan vaksin Covid-19 masing-masing seperti yang dijadualka­n oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Baginda mengingatk­an rakyat tidak terpedaya dengan kumpulan tertentu yang mendakwa diri mereka sebagai antivaksin.

“Titah baginda, usaha yang dilakukan kerajaan menerusi pemberian vaksin ini seiring dengan tuntutan agama dan amat wajar dilakukan demi kesihatan dan kesejahter­aan rakyat secara keseluruha­nnya. Namun demikian, walaupun sudah mendapatka­n vaksin kelak, baginda mahu rakyat terus hidup dengan mengamalka­n normal baharu sehingga pandemik Covid-19 ini dapat dikawal sepenuhnya,” katanya.

 ??  ?? SULTAN Sharafuddi­n mengingatk­an rakyat Selangor agar tidak terperdaya dakwaan antivaksin.
SULTAN Sharafuddi­n mengingatk­an rakyat Selangor agar tidak terperdaya dakwaan antivaksin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia