Harian Metro

KERANA JARI IMEJ BINASA

Golongan selebriti perlu awasi setiap hantaran di media sosial

- Oleh Norhayati Nordin & Georgie Joseph am@hmetro.com.my

Sebagai figura awam khususnya golongan selebriti, setiap perkongsia­n di media sosial menjadi tanggungja­wab yang berat untuk dijaga.

Bagaimanap­un, ada dalam kalangan mereka kadang-kadang terlepas pandang atau tidak mengambil serius perkara itu.

Perasaan teruja atau tidak kisah lebih mengatasi sehingga perkongsia­n mereka menyentuh sensitivit­i sekali gus menerima kecaman.

Paling teruk, ia menjejaska­n reputasi mereka dan boleh memberi kesan negatif terhadap kerjaya masing-masing.

Baru-baru ini, hangat beberapa isu membabitka­n artis apabila perkongsia­n mereka menjadi tular hingga mencetuska­n kemarahan netizen.

Mereka dikecam teruk, kredibilit­i dipersoalk­an dan dihentam bertubi-tubi di media sosial masing-masing.

Mengulas isu berkenaan, pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Erra Fazira, 47, mengakui memang susah untuk menjaga hati semua pihak apabila menjadi artis.

Justeru, dia menyaranka­n supaya artis sentiasa berhati-hati dan peka.

“Sebenarnya tanggungja­wab sebagai artis adalah berat. Apa saja yang kita buat, kalau betul, orang suka. Kalau tak betul, kita akan ditegur, dikecam termasuk diugut. Suka atau tidak, ambil yang baik dan buruk jadi pegangan.

“Kita kena cari jalan sendiri bagaimana nak kurangkan yang tak baik itu. Kita kena jaga hati semua orang. Orang sayang kita, maka kita pun kena jaga hati, sensitivit­i semua. Ya, kita tiada pilihan. Berkata itu biar cara berhemah, bicara kita ada pengisian, gurau pun yang molek-molek.

“Apa yang boleh kita buat adalah kita ambil tanggungja­wab. Apa saja yang kita zahirkan di media sosial, itu adalah tanggungja­wab kita. Kita cuba kurangkan menyentuh sensitivit­i siapa-siapa,” katanya kepada Harian Metro.

Erra turut menekankan kepentinga­n untuk sentiasa peka dengan kemahuan dan pantang larang orang ramai.

Adalah lebih baik berhati-hati daripada menyinggun­g hati semua orang.

“Sebaik-baiknya sebagai selebriti, sebelum kita nak berkata apa-apa dan berbuat sesuatu, kena fikir impak kepada ramai orang. Media sosial ini kita guna untuk zahirkan yang baik-baik kepada peminat.

“Apabila tak rancang, maka itu yang terkeluar perkara-perkara sensitif. Mungkin bagi kita hal itu sensitif, keluarga pun okay, sudah faham perangai, kita tak maksudkan, tetapi orang luar tak faham. Inilah yang dikatakan kena jaga sensitivit­i orang sekeliling kita.

“Kalau hantaran, mungkin kita boleh sunting balik, tapi kalau buat live, sebaik-baiknya kita rancang apa nak cakap. Katalah terbabas cakap pun, pantas minta maaf. Tak ada mana-mana pihak yang mampu tapis kalau kita buat live melainkan kalau kita rakam, boleh sunting,” katanya.

Menurut Erra, tidak ada orang tertentu yang memantau dan mengendali­kan media sosialnya. Dia sendiri bertanggun­gjawab memantau dirinya di samping sentiasa meminta pendapat orang lain yang terdekatny­a setiap kali berkongsi hantaran di media sosial.

“Kalau terbabas sekali pun, akan ada kawan-kawan yang nasihatkan mengenai sensitivit­i dan tolong jagakan saya. Kita bukannya sempurna, kalau pengikut dan peminat tegur, saya cepat-cepat betulkan. Padam sesuatu perkongsia­n atau serta-merta minta maaf kalau ada salah di mana-mana,” katanya.

Pelakon Sharnaaz Ahmad berkata, kesilapan kurang bijak di media sosial mampu mencetus isu atau spehingakh­irnya kulasi ga lupa perbuakome­n tan itu boleh memke bawa arah buli siber.

Sharnaaz menerusi video di Instagram berkata, apa yang berlaku terhadap Janna Nick, Nazim Othman dan penyampai radio Hitz FM Sarawak baru-baru ini adalah buktinya.

“Namun, sebagai manusia kita sentiasa buat silap, kadang-kadang tak sengaja bila dah post sebab anggap bergurau.

“Saya pun pernah buat silap. Kadang-kadang nak bergurau, kadang-kadang sengaja cari nahas. Tapi, apabila kita nak bergurau memang ada batasnya,” katanya.

Menurut Sharnaaz, dia juga tidak menafikan menjaga hati orang juga penting. Dalam masa sama, tidak boleh juga terlalu taksub dan ekstrim terhadap seseorang yang sangat diminati itu.

“Apapun kita sebagai netizen nak tegur, ada caranya. Netizen ini orang, bukan makhluk asing dan untuk itu biarlah kita menjadi netizen yang menyebarka­n positif. Jangan sampai kita tutup periuk nasi orang dan selepas itu apa yang kita rasa? Puas ke?

“Ingatan saya, jangan babitkan diri kita pada buli siber. Banyak yang buruk daripada baiknya. Cuba kita jadi netizen yang menyokong pada tempat yang betul,” katanya. Menurut Sharnaaz, selain itu kita juga jangan mengambil pendekatan menceritak­an semua masalah di dalam media sosial kerana itu akan memberi ruang untuk orang lain meninggalk­an komen yang negatif.

Sementara itu, penyanyi dan pelakon, Naim Daniel menyifatka­n artis mahu pun influencer perlu berhati-hati untuk membuat satu-satu perkongsia­n di media sosial seperti Instagram dan Tik Tok kerana memiliki ramai pengikut.

“Jangan ambil mudah dengan apa yang nak dikongsika­n itu. Ini kerana pada masa sekarang kebanyakan orang cepat membuat andaian. Mereka gemar te

Kena pastikan apa nak dikongsika­n itu tidak berbaur kontrovers­i Naim

Apa yang boleh kita buat adalah kita ambil tanggungja­wab.

Apa saja yang kita zahirkan di media sosial, itu adalah tanggungja­wab kita”

Erra

ngok dan baca lapisan atas sahaja, manakala agak jarang melihat keseluruha­n cerita.

“Jadi, kita yang sebagai artis dengan pengikut ramai ini kena pastikan apa nak dikongsika­n itu tidak berbaur kontrovers­i. Ini kerana tanggungja­wab kita menyebarka­n pengaruh positif itu,” katanya.

Menurut Naim, bagi golongan artis untuk mengelak sebarang kemungkina­n salah faham berlaku lebih baik berbincang dengan pihak pengurusan terhadap apa nak dikongsi sebelum terus dipaparkan di media sosial. Mengulas mengenai buli siber, Naim berkata, dalam al-Quran pun ada beritahu sesungguhn­ya setiap kecelakaan itu berlaku atas tangan manusia.

Justeru, katanya kita sebagai netizen janganlah taksub sangat terhadap seseorang hingga sanggup menulis komen tidak sepatutnya.

Menurut Naim, apa yang dibuat itu sebenarnya merugikan masa kerana ada banyak perkara penting yang boleh diberi fokus.

Jangan babitkan diri kita pada buli siber. Banyak yang buruk daripada baiknya Sharnaaz

Kita cuba kurangkan menyentuh sensitivit­i siapa-siapa Erra

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia