Harian Metro

DIREMAN 4 HARI

2 suspek ganas rempuh kenderaan di persimpang­an lampu isyarat Sierramas kena tangkap

- Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

Dua lelaki yang bertindak nekad merempuh dua kenderaan di persimpang­an lampu isyarat Sierramas, Sungai Buloh di sini, kelmarin direman empat hari.

Perintah reman dikeluarka­n Majistret Petaling Jaya Zhafran Rahim Hamzah bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Terdahulu, suspek yang dilihat memakai baju lokap berwarna ungu dan berseluar ungu tiba di hadapan pintu masuk mahkamah pada jam 11 pagi semalam dengan dikawal ketat anggota polis.

Suspek kemudian dibawa ke bilik reman di tingkat satu kompleks bangunan mahkamah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, permohonan reman itu dilakukan bagi membolehka­n polis melakukan siasatan lanjut.

“Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 307, 427 dan 188, Kanun Keseksaan, selain Seksyen 12(2), Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 6 (1), Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958,” katanya.

Sebelum ini, tular satu video berdurasi satu minit 45 saat menunjukka­n anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar kenderaan itu selepas suspek enggan memberhent­ikan kereta.

Kenderaan bernombor pendaftara­n MAS 175 itu dilihat melanggar bahagian belakang lori dan sisi kereta Perodua Myvi untuk mencelah di persimpang­an lampu isyarat berkenaan.

Polis kemudianme­nahan seorang daripada suspek yang berusia 35 tahun di sebuah kawasan perumahan di Desa Aman hasil maklumat umum dan menahan seorang lagi lelaki dikenali sebagai Bob Mah Sing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia