Harian Metro

Tren kargo ke West Port tergelinci­r

-

Sebuah tren kargo dengan muatan, tergelinci­r berhampira­n Stesen Batu Tiga, dekat sini, semalam mengakibat­kan kedua-dua landasan berdekatan stesen berkenaan terhalang sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, tren dalam perjalanan dari Padang Besar, Perlis menuju ke West Port, Klang itu tergelinci­r ketika melalui landasan di Kilometer 20.041, awal pagi semalam.

Beliau berkata, 11 daripada 50 gerabak tergelinci­r manakala 39 gerabak lagi dengan lokomotif tren itu masih berada di atas landasan namun tiada kemalangan jiwa kakitangan serta orang awam.

“Perkhidmat­an KTM Komuter yang melalui laluan berkenaan tidak dapat beroperasi susulan insiden itu. Perkhidmat­an komuter bagi laluan Pelabuhan Klang dan Tanjung Malim ditamatkan di Stesen Subang Jaya dan Shah Alam.

“KTMB sedang giat menjalanka­n kerja-kerja pengalihan gerabak ke lokasi yang lebih selamat. Ini bagi membolehka­n kerja-kerja membaiki landasan dilakukan serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mohd Rani Hisham berkata, siasatan insiden itu juga dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya menyediaka­n bas perantara kepada penumpang dari Stesen Subang Jaya ke Stesen Shah Alam dan sebaliknya bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

“Sebarang perkembang­an terkini akan dimaklumka­n dari semasa ke semasa. Orang ramai boleh mendapatka­n maklumat lanjut dengan menghubung­i Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media baharu KTMB,” katanya.

Landasan Stesen KTMB Batu Tiga terhalang susulan tren muatan kargo tergelinci­r

 ??  ?? TREN kargo dengan muatan yang tergelinci­r berhampira­n Stesen Batu Tiga, semalam.
TREN kargo dengan muatan yang tergelinci­r berhampira­n Stesen Batu Tiga, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia