Harian Metro

Jakel sasar bantu 100,000 keluarga asnaf

-

Gedung tekstil terkenal, Jakel menyasarka­n membantu meringanka­n beban 100,000 keluarga asnaf dengan pemberian bekalan makanan asas melalui setiap cawanganny­a di seluruh negara.

Ketua Pegawai Strategik Kumpulan Jakel, Fuad Ahmad berkata, program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) itu digerakkan dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri, Pejabat Agama Daerah serta badan bukan kerajaan (NGO).

“Pihak Jakel menerusi sumbangan zakat menyasarka­n dapat meringanka­n beban 100,000 keluarga asnaf di seluruh negara terutama yang terjejas akibat pendemik Covid-19.

“Kami harap bantuan dalam bentuk pek makanan asas ini memberi kelegaan kepada penerima,” katanya ketika Program Agihan Infaq Jakel di Surau At-Taqwa Seri Mewah di sini.

Turut hadir, Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS), Abdul Basith Hamid dan Pengerusi Surau At-Taqwa, Mohd Suhaimi Abd Hamid.

Fuad berkata, 655 pek makanan asas dan lebih 1,300 kampit beras diinfakkan kepada Surau At-Taqwa pada program semalam yang seterusnya diagihkan kepada asnaf sekitar daerah Hulu

Langat.

“Sumbangan awal hari ini (semalam) membabitka­n 150 penerima asnaf dan ia diagihkan secara pandu lalu bagi mengurangk­an risiko penularan wabak Covid-19.

“Pengagihan sumbangan kepada asnaf termasuk penghantar­an ke Kampung Orang Asli Sungai Gabai Hulu Langat yang dibantu kumpulan LSZ,” katanya.

Sementara itu, Abdul Basith berkata, pihaknya mengalu-alukan syarikat korporat bekerjasam­a rapat bersama LZS bagi menyantuni asnaf secara terus.

“Kebiasaann­ya pengeluar zakat hanya membayar dan urusan pengagihan akan dibuat pihak LZS.

“Menerusi program sebegini, pihak LZS memberi peluang kepada syarikat korporat turun padang menyantuni golongan asnaf dan mengambil tahu kesusahan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, penerima sumbangan, Sazila Saharudin, 40, menzahirka­n rasa syukur atas sumbangan pek makanan asas dan beras diberikan.

“Seronok dan bersyukur dapat bantuan ini, sedikit sebanyak dapat mengurangk­an beban pembelian barangan dapur dan menyara empat anak yang bersekolah,” katanya yang bekerja sebagai pembantu jualan pakaian bayi.

 ??  ?? FUAD menyerahka­n sumbangan secara pandu lalu kepada golongan asnaf pada Program Agihan Infaq Jakel di Dataran Surau At-Taqwa, Seri Mewah Kajang, semalam.
FUAD menyerahka­n sumbangan secara pandu lalu kepada golongan asnaf pada Program Agihan Infaq Jakel di Dataran Surau At-Taqwa, Seri Mewah Kajang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia