Harian Metro

SINDIRAN SAJAT

Jais masih mengesan Nur Sajat disyaki ‘bersembuny­i’

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

“Polis N3, one to jaga... Sila sambung uols (kamu semua).”

Demikian hantaran berbaur sindiran dimuat naik di Instagram milik usahawan kosmetik, Nur Sajat dipercayai berkaitan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sedang mengesanny­a.

Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzam­an, 36, turut memuat naik gambar wajahnya yang dikeliling­i pistol dan membuat hantaran kononnya ia drama bersiri baharu.

Menerusi hantaran itu, dia menerima pelbagai kecaman dan kritikan daripada netizen yang memberitah­unya sedang diburu anggota Jais.

Sementara itu, jurucakap Jais mengesahka­n pihaknya belum menahan usahawan kosmetik itu.

Beliau berkata, setakat petang ini, Jais masih mengesan Nur Sajat yang disyaki ‘bersembuny­i’ bagi mengelak ditahan.

Nur Sajat dikenakan waran tangkap tanpa jaminan selepas gagal hadir ke mahkamah pada sebutan semula berkaitan kes berpakaian wanita pada Selasa lalu.

Waran tangkap itu dikeluarka­n Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee@ Shaii. Pada 6 Januari lalu, dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid Shaee@Shaii.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, jam 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikan­nya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a), Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntu­kkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

 ??  ?? GAMBAR dimuat naik Sajat di laman Instagram menerima pelbagai kecaman dan kritikan daripada netizen.
GAMBAR dimuat naik Sajat di laman Instagram menerima pelbagai kecaman dan kritikan daripada netizen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia