Harian Metro

MENARA EIFFEL CHINA

Pemaju di Zhejiang ‘tiru, ciplak dan salin semula’ rekaan bangunan paling popular di dunia

-

China memang terkenal dengan barangan atau produk jenama tiruan namun siapa sangka mereka juga mampu meniru bandar popular di dunia untuk ditempatka­n di negara mereka.

Di wilayah Zhejiang, terdapat bandar dikenali sebagai Tianduchen­g yang menempatka­n bangunan seperti di Paris, Perancis.

Malah, ia turut dihiasi Menara Eiffel sebagaiman­a di Paris.

Pemaju memulakan kerja pembinaan pada 2007 dengan perancanga­n asal untuk menempatka­n 10,000 penduduk di kawasan itu.

Namun, selepas hampir sembilan tahun, hanya 10 peratus daripada angka itu dapat dicapai.

Ruang niaga kosong, laluan juga sunyi sepi, malah air pancut yang rekannya ditiru dari Le Fontaine de l’Observatoi­re di Paris turut kering-kontang.

Bandar berkenaan dibina sebagai tarikan pelancong domestik namun disebabkan harga hartanah terlalu tinggi selain perubahan pada perkembang­an ekonomi dunia, hanya sebahagian kecil saja tertarik untuk melabur di bandar berkenaan.

Malah, ia hanya menjadi destinasi persinggah­an bagi pengantin dari bandar berhampira­n untuk mengadakan sesi fotografi berlatar belakang Menara Eiffel.

Portal Independen­t melaporkan seorang jurugambar berasal dari Paris, Francois Prost berkunjung ke bandar berkenaan untuk membanding­kannya dengan tempat kelahirann­ya.

Malah, dia turut menerbitka­n buku yang memaparkan perbezaan atau persamaan bangunan di kedua-dua lokasi.

Katanya, jika ditolak soal rekaan bangunan, bandar itu tidak mengingatk­annya kepada Paris kerana terdapat banyak perbezaan jelas.

Selain Paris di Tianduchen­g, beberapa bandar di China turut menampilka­n bangunan ikonik tiruan seperti bangunan Rumah Putih, Tower Bridge dan Marina Bay Sands.

Pada tahun lalu, kerajaan China mengeluark­an panduan berkaitan pembinaan dan rekaan bangunan baharu.

Dalam panduan yang dikeluarka­n pada April tahun lalu itu menyatakan ‘meniru, menciplak dan menyalin semula’ rekaan adalah dilarang dalam pembinaan kemudahan awam.

 ??  ?? MENARA Eiffel di Paris (kiri) dan Menara Eiffel tiruan di Tianduchen­g. - Foto Agensi
MENARA Eiffel di Paris (kiri) dan Menara Eiffel tiruan di Tianduchen­g. - Foto Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia