Harian Metro

HARAP ‘MAGIS’ JOHARARY

Sherry harap keserasian bersama gandingan penyampai segmen pagi radio Era

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Menerima lamaran dan memberikan kata ya untuk menjadi penyampai radio Era bagi segmen pagi, JoHaRaRy bersama Johan, Hanif dan Ray menjadi satu lagi tanggungja­wab baharu dalam kerjaya Sherry Al Hadad.

Bukan sekadar hobi atau kerja sampingan, tapi menjadi penyampai radio pada setiap Isnin hingga Jumaat menuntut Sherry menyusun jadual kerja dan aktiviti harian dengan sebaik mungkin.

Sherry, 37, atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad berkata, dia perlu bijak merencana kerjaya terutama membabitka­n lakonan dan pengacaraa­n.

“Apabila nak kata ya untuk menjadi penyampai radio, saya kena bijak menguruska­n masa sebab komitmen tinggi, jadi kena fikir betul-betul. Apatah lagi ini membabitka­n perjalanan hidup dan kerjaya kita.

“Apapun, saya kena bijak uruskan masa. Kalau ada tawaran berlakon, kena fikir dulu. Jika tawaran drama mungkin susah sikit nak ambil. Sebab tanggungja­wab dan ambil masa panjang. Mungkin boleh ambil telefilem saja.

“Mengacara pula selalunya Sabtu dan Ahad. Banyak program pada hujung minggu, kecuali yang membabitka­n rakaman. Jadi, saya kena belajar untuk susun perjalanan hidup saya Isnin sehingga Ahad,” katanya.

Sherry yang juga pengacara program The Sherry Show mengakui, dia lebih suka bekerja berbanding duduk diam.

“Kalau ikutkan saya memang suka bekerja. Kalau duduk diam saja terus tidak tahu nak buat apa. Jadi, apabila menjadi penyampai radio, ia sudah menjadi keutamaan sekarang. Saya kena bijak uruskan masa.

“Tawaran berlakon masih ada. Saya juga ada tuntutan kerja lain seperti program travelog yang sudah dipersetuj­ui lebih awal. Pihak Era tahu mengenai perkara ini dan mereka bersetuju.

“Dalam masa sama, apa yang sudah dirancang sebelum ini, mereka sudah tahu. Sekarang ini tugas saya kena bijak uruskan masa dan kena fokus apa yang utama dan tuntutan kerja lain yang menjadi kerja kedua, ketiga dan seterusnya. Tapi, hati masih lagi seorang pelakon. Kalau memang ada tawaran dan watak itu menarik, saya akan buat. Tinggal lagi saya kena pandai susun masa,” katanya.

Berkongsi pengalaman menjadi penyampai radio bermula Isnin lalu, Sherry berharap ada magis antara mereka bagi menjayakan lagi segmen itu.

“Mereka adalah pemenang anugerah dan masing-masing ada keistimewa­an selain sudah bekerja lama di Era sebagai JoHaRa. Jadi, macam mana saya sekuntum bunga nak bersama dengan tiga ekor kumbang ini.

“Dalam soal keserasian, kami tak boleh meramal masa depan sebab saya jenis yang mudah dan boleh ‘ngam’ dengan sesiapa. Insya-Allah saya okey. Saya pernah bekerjasam­a dengan mereka. Jadi, harapnya keserasian dan magik berlaku. Sebagai seorang yang belajar bidang teater kena ada ‘give and take’, sedar diri, ruang dan masa. Saya akan praktikkan perkara ini.

“Saya pun gementar juga, mungkin saya fikir okey saja dengan mereka, tapi saya tidak tahu mereka okey tak dengan saya. Saya tanya juga penerimaan mereka terhadap saya. Penerbit cakap mereka gembira apabila diberitahu saya akan bersama mereka.

“Jadi, saya berharap ada magik menerusi gandingan kami. Selama ini kalau mengacara ada pasangan seorang atau lebih, tapi menjayakan segmen ini kami berempat. Siapa nak cakap dulu, diam dan komen. Itu saya kena belajar dan cepat tangkap daripada mereka,” katanya.

Kalau ikutkan saya memang suka bekerja. Kalau duduk diam saja terus tidak tahu nak buat apa. Jadi, apabila menjadi penyampai radio, ia sudah menjadi keutamaan sekarang. Saya kena bijak uruskan masa

SHERRY

 ??  ?? SHERRY kena bijak susun masa antara kerjaya lakonan, mengacara dan penyampai radio.
SHERRY kena bijak susun masa antara kerjaya lakonan, mengacara dan penyampai radio.
 ??  ?? HARAP ada keserasian dalam gandingan berempat JoHaRaRy.
HARAP ada keserasian dalam gandingan berempat JoHaRaRy.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia