Harian Metro

EDISI 40 TAHUN

BMW F850 GS serlah gaya kembara premium

- Oleh Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Mengunggul­i perlumbaan lasak Rali Dakar 40 tahun lalu, ia kini diterjemah­kan melalui model BMW F 850 GS ‘40 Years GS Edition’ bagi merungkaik­an keterujaan yang sama.

Motosikal ini yang diinspiras­ikan daripada model klasik R 100 GS kekal sebagai model kembara lasak premium yang ditambah dengan ciri termaju.

Dilancarka­n ke pasaran tempatan oleh BMW Motorrad Malaysia, ia lengkap dengan pakej ‘Comfort’, ‘Touring’, ‘Dynamic’ dan ‘Active’ sebagai ciri standard.

Untuk rekaan luaran, iadatangde­nganelemen warna menonjol terutama pada bahagian hadapan dengan lampu utama, lampu nyalaan siang (DRL) serta lampu membelok daripada LED.

Selain pelindung tangan berwarna kuning, ia juga didatangka­n dengan rim berwarna emas dan tongkat utama selain fork hitam.

Pada bahagian tangki, terdapat logo ulang tahun menjadikan ia jentera edisi istimewa yang harus dimiliki.

Bahagian belakang varian ini mengetenga­hkan gabungan warna kuning dan hitam pada pelana. Ia turut datang dengan rak barangan.

BMW F 850 GS 40

Years GS Edition ini berwarna ‘Black Storm Metallic’ eksklusif serta dipadankan dengan warna kuning dalam jumlah yang terhad.

Enjinnya masih mengekalka­n kapasiti 853cc empat injap dua silinder. Ia mampu menjana kuasa kuda 95hp pada 8,250rpm dan 92Nm pada 6,250rpm.

Dua komponen aci pengimbang dengan karakter tersendiri untuk kuasa spontan menawarkan kelancaran serta penggunaan bahan api lebih efisien.

Selain itu, ia juga didatangka­n dengan sistem termaju seperti Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC) serta Pelarasan Suspensi Elektronik Dinamik (Dinamik

ESA) untuk pengalaman tunggangan lebih baik ketika selekoh atau pelbagai permukaan lain.

Selain itu, ia juga lengkap dengan ‘Riding Modes Pro’ untuk

Kawalan Brek Enjin Dinamik (DEBC), ‘Shift Assistant Pro’ dan mod tunggangan boleh dilaras pada pemegang sisi kiri.

ABS Pro pula menawarkan prestasi dan keselamata­n lebih tinggi untuk kepuasan tunggangan maksimum.

Panel instrumen pula dilengkapi skrin TFT 6.5 inci, ia sangat jelas dalam pelbagai cuaca.

Untuk tunggangan jarak jauh, jentera GS ini dibantu fungsi bantuan jelajah dengan Kawalan Pelayaran dan pemegang peranti navigasi .

Ia juga hadir dengan ciri tunggangan tanpa kunci serta sistem pemantauan­tekanan tayar.

Untuk pasaran Malaysia, BMW F 850 GS 40 Years GS Edition dijual pada harga RM85,500 (atas jalan tanpa insurans) dengan jaminan pengeluar serta Program Bantuan di Jalanan selama tiga tahun.

 ??  ?? KEKAL gaya kembara dan penjelajah­an.
EDISI ulang tahun ke-40 model BMW GS.
PELINDUNG tangan gaya baharu.
PANEL meter TFT jelas.
KEKAL gaya kembara dan penjelajah­an. EDISI ulang tahun ke-40 model BMW GS. PELINDUNG tangan gaya baharu. PANEL meter TFT jelas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia