Harian Metro

PERTAMA DAN TERAKHIR

- TUNGGANG UJI Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Kali terakhir penulis menunggang motosikal dua lejang ialah kira-kira 20 tahun lalu dan ia cukup mengimbau kenangan apabila dapat 'bertemu' kembali dengannya.

Model dua lejang ini adalah yang pertama dan terakhir buat pengeluar motosikal tempatan, Motosikal dan Enjin Nasional (Modenas) yang dilancarka­n ke pasaran pada 2003.

Namun ketika itu, model ini tidak begitu mendapat sambutan hebat kerana dibayangi oleh model Yamaha 125ZR yang menguasai pasaran moped dua lejang.

Model Dinamik 120 kemudianny­a dieksport ke Greece dan ia 'meletup' malah sangat popular di negara itu.

Namun selepas beberapa tahun, kerana pematuhan undang-undang emisi standard Eropah (EURO III), maka model dua lejang tidak lagi boleh dipasarkan di sana dan ia kembali ke tanah air serta diperkenal­kan semula pada 2013.

Bermula saat itu, jentera ini mula diminati kerana selain faktor harga, ia masih lagi dikeluarka­n sebagai model baharu yang dijual di kedai motosikal malah menjadi pilihan peminat tegar jentera dua lejang. Vroom berpeluang menunggang uji model Modenas Dinamik 120 barubaru ini.

Ia adalah model baharu 'new old stock' (NOS) keluaran 2018.

Meninjau rekaan, ia diasaskan daripada model Kawasaki Leo Star dapat dilihat terutama pada bahagian belakang dan untuk rekaan bahagian hadapan, ia air tangan pereka Modenas. Kawasaki juga adalah rakan strategik Modenas sejak penubuhann­ya dan Dinamik 120 turut menggunaka­n enjin yang sama dengan model yang popular di Thailand, Filipina dan Indonesia itu.

Rekaan panel hadapan didatangka­n dengan logo Modenas dan penutup enjin gaya aerodinami­k yang disesuaika­n corak grafik bersepadu pada kerangka.

Ia dilengkapi lampu hadapan 'filamen'/ Lampu belakang mengekalka­n mentol konvension­al yang turut dipasang pada lampu isyarat membelok.

Bahagian panel sisi dihias corak grafik. Ia turut didatangka­n dengan pemegang besi penyangkut pada bawah dan belakang.

Fork teleskopik hadapan dengan rim tetuang lima jejari putih ciri standard dan sistem gantungan belakang monoshock ini adalah yang pertama diperkenal­kan untuk motosikal Modenas.

Ekzos 'chamber' hitam dan 'silencer' dihiasi pelindung krom.

Panel meter dengan ciri odometer dan meter kelajuan, tahap bahan api serta paparan kedudukan gear, antara pembaharua­n termaju pada zaman itu.

Pada pemegang, walaupun moped, ia dilengkapi dengan butang pemati enjin, selain ciri standard seperti lampu hadapan boleh dihidup atau dimatikan, tuil 'choke', suis lampu membelok, lampu 'flash' dan hon.

Tiada penghidup elektrik disediakan dan enjin perlu dihidupkan secara penghidup tendang. Pastinya, ia adalah ciri motosikal zaman itu.

Untuk keselamata­n, ia dilengkapi brek cakera hadapan dan belakang untuk memberhent­ikan jentera dengan lebih mantap.

Pelana berketingg­ian

725 milimeter (mm) sesuai untuk pelbagai saiz ketinggian dan buat yang tinggi, pasti motosikal terasa seakan kecil.

Jentera dengan berat kering 98 kilogram (kg) ini bukan sahaja ringan dan mudah dikendalik­an malah saiznya yang tidak terlalu besar memudahkan kawalan pada laluan sempit atau ketika menyusuri kesesakan jalan raya.

Pada bahagian bawah pelana seperti moped sezamannya, terdapat tangki bahan api, tangki minyak 2T, bateri sel basah dan sedikit ruang meletak

 ??  ?? DINAMIK edisi Harimau Malaya diperkenal­kan pada 2017.
DINAMIK edisi Harimau Malaya diperkenal­kan pada 2017.
 ??  ?? TAMPIL gaya sporty dan prestasi.
TAMPIL gaya sporty dan prestasi.
 ??  ?? DINAMIK 120 jentera dua lejang.
DINAMIK 120 jentera dua lejang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia