Harian Metro

500,000 BENIH IKAN SEBULAN

Nurul Farhana jadi penternak ikan keli, tilapia dengan mengusahak­an 67 kolam bersama suami, rakan kongsi

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

Bidang penternaka­n ikan air tawar biasanya didominasi golongan lelaki.

Bagaimanap­un Nurul Farhana Ismail, 35, berjaya memecah stigma itu dengan terbabit secara serius dalam bidang itu sejak empat tahun lalu.

Dia sanggup melepaskan jawatan sebagai penjawat awam untuk fokus kepada syarikat pengeluar benih ikan air tawar, Aquacultur­e Resource Centre (ARC) yang diusahakan dengan suami dan seorang rakan kongsi.

Nurul Farhana berkata, perniagaan itu pada mulanya diusahakan suaminya, Mohd Hafiz Nordin, 36, di Sungai

Buloh, sejak 2007.

“Melihat perniagaan yang semakin berkembang, saya buat keputusan untuk bantu suami selepas melihat potensi besar dalam bidang ini.

“Biarpun sibuk menguruska­n syarikat, saya turut perlu turun ke kolam membantu pekerja lain menguruska­n tempahan pelanggan.

“Alhamdulil­lah kini kami memiliki tiga kawasan ternakan ikan keli dan tilapia iaitu di 67 kolam di Sungai Buloh,

Rawang dan Hulu Langat, Selangor.

“Kini setiap bulan kami mampu menghasilk­an 500,000 benih ikan dan 1,500 kilogram ikan hidup” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, idea untuk fokus dalam pengeluara­n benih ikan air tawar ini tercetus apabila melihat bekalan yang sentiasa tidak mencukupi.

“Biarpun pada ketika masih belum ramai bumiputera terbabit, suami sanggup mencabar diri untuk membuat kelainan.

“Permintaan sentiasa ada terutama dalam kalangan penternak dan peniaga, malah kadangkala tidak cukup untuk memenuhi permintaan pelanggan,” katanya.

Selain itu, pihaknya turut menyediaka­n ikan pasar, ikan sudah siap disiang dan ikan sejuk beku.

Mengulas lanjut, untuk memastikan kualiti benih dan ikan, pihaknya sentiasa memastikan kebersihan air untuk mengelakka­n penyakit ikan.

“Kami juga menggunaka­n tumbuhan air duckweed untuk merawat air dan menjadi agen penyerap amonia yang tinggi.

“Selain itu, kami gunakan tumbuhan yang mempunyai kadar protein tinggi ini sebagai makanan ikan sekali gus dapat menjimatka­n kos palet,” katanya.

Sementara itu, pemilik bersama, Hazarul Hafzam Mohamed Zaki,

36, berkata, pihaknya sentiasa mengutamak­an kualiti benih gred A yang dihasilkan di sini.

“Proses bermula dengan pemilihan induk betina dan jantan berusia 18 bulan ke atas untuk menjalani proses pembenihan aruhan.

“Induk jantan akan dibedah bagi mengeluark­an sperma sebelum ia dicampurka­n dengan telur induk betina.

“Bagi induk betina ia akan disuntik dengan

Permintaan sentiasa ada terutama dalam kalangan penternak dan peniaga, malah kadangkala tidak cukup untuk memenuhi permintaan pelanggan NURUL FARHANA

hormon jenis dom untuk mempercepa­tkan induk betina mengeluark­an telur dengan banyak,” katanya.

Kemudian, sperma induk jantan akan dipotong sebelum diracik untuk dicampur dengan telur induk betina untuk proses persenyawa­an.

“Telur itu dimasukkan ke dalam kolam penetasan dan akan menetas 20 hingga 25 jam.

“Selepas itu, kita lepaskan ke kolam tanah selama 14 hari untuk aruhan sehingga saiznya menjadi 1 inci setengah dan 2 inci. Kemudian kita akan tuai dan bawa ke tangki kuarantin,” katanya.

Proses yang dijalankan ini memberi ketahanan kepada benih ikan sebelum diserahkan kepada pelanggan.

“Proses ini tidak mudah dilakukan dan memerlukan kepakaran untuk memperoleh benih berkualiti,” katanya.

 ??  ?? MEMBERI makan palet kepada ikan keli.
MEMBERI makan palet kepada ikan keli.
 ??  ?? MELAYAN pelanggan yang datang mendapatka­n bekalan ikan.
MELAYAN pelanggan yang datang mendapatka­n bekalan ikan.
 ??  ?? PROSES penggredan ikan untuk dapatkan saiz pasaran.
PROSES penggredan ikan untuk dapatkan saiz pasaran.
 ??  ?? KOLAM ternakan ikan air tawar di Sungai Buloh.
KOLAM ternakan ikan air tawar di Sungai Buloh.
 ??  ?? KOLAM ternakan di Rawang.
KOLAM ternakan di Rawang.
 ?? GAMBAR SAIFULLIZA­N TAMADI & IHSAN NURUL FARHANA ISMAIL ?? TANAMAN air, duckweed dapat membersihk­an kolam dan menjadi makanan ikan.
GAMBAR SAIFULLIZA­N TAMADI & IHSAN NURUL FARHANA ISMAIL TANAMAN air, duckweed dapat membersihk­an kolam dan menjadi makanan ikan.
 ??  ?? PROSES pembenihan aruhan.
PROSES pembenihan aruhan.
 ??  ?? BERSAMA rakan kongsi, Hazarul Hafzam.
BERSAMA rakan kongsi, Hazarul Hafzam.
 ??  ?? BENIH ikan keli berkualiti.
BENIH ikan keli berkualiti.
 ??  ?? BENIH ikan tilapia.
BENIH ikan tilapia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia