Harian Metro

HARAPAN PESAKIT STROK

Kaedah Penjagaan Strok Berpanjang­an rawatan alternatif beri peluang kedua pesakit nikmati kehidupan lebih baik

- Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

“Pada 2010, saya diserang angin ahmar buat kali kedua di bahagian kanan badan, ia menyebabka­n saya terlantar.

“Namun selepas tiga tahun menjalani rawatan fisioterap­i, saya boleh berjalan walaupun perlu menggunaka­n tongkat,” kata Mohamad Shahrizal Mohamed, 39.

Mohamad Shahrizal mendapatka­n rawatan fisioterap­i di Klinik

Lanjutan Strok, Klinik Primer Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan turut mengamalka­n

Kaedah Penjagaan Strok Berpanjang­an atau Lanjutan Dalam Komuniti di rumah.

Menurutnya, keberkesan­an rawatan itu sangat membantu hingga dia boleh menguruska­n diri, berbanding sebelum ini banyak diuruskan keluargany­a.

“Saya sangat bersyukur kerana Allah SWT memberikan peluang kedua ini untuk berjalan, walaupun menggunaka­n tongkat.

“Peringkat awal menjalani rawatan ini memang mencabar kerana terpaksa ‘berlawan’ dengan kesakitan.

“Bagaimanap­un, semangat dan keinginan mahu pulih menjadi kekuatan buat saya untuk terus bertahan selama tiga tahun sepanjang menjalani rawatan ini,” katanya.

Menurutnya, dia sedar agak mustahil untuk pulih sepenuhnya memandangk­an mempunyai sejarah serangan angin ahmar pertama yang agak teruk ketika berusia sembilan tahun.

“Serangan itu menyebabka­n saya menjalani pembedahan di kepala bagi membuang darah beku dan kesannya mengakibat­kan saya terlantar.

“Kemudian, saya menjalani beberapa rawatan tradisiona­l termasuk urutan hingga boleh berjalan.

“Saya tidak menduga diserang angin ahmar kali kedua pada usia 28 tahun dan berharap ia tidak berulang,” katanya.

Seorang lagi pesakit angin ahmar yang turut mendapatka­n rawatan di Klinik Lanjutan Strok PPUKM, Salbi Othman, 58, berkata, dia diserang angin ahmar ringan di kiri badan, 11 tahun lalu.

Katanya, tahap kesihatann­ya semakin baik selepas 12 kali menjalani sesi rawatan fisioterap­i di klinik berkenaan.

“Kini saya masih meneruskan rawatan fisioterap­i di rumah selama 20 minit yang dilakukan tiga kali sehari.

“Saya tidak menyangka kehilangan deria rasa pada kaki semasa berjalan adalah gejala awal serangan angin ahmar,” katanya.

Salbi berkata, mujur dia segera ke hospital dan pakar perubatan memaklumka­nnya dia diserang angin ahmar ringan.

Dia turut diberikan beberapa jenis ubat termasuk untuk mencairkan darah yang diambilnya hingga ke hari ini.

“Doktor juga memberitah­u, serangan angin ahmar yang saya alami kemungkina­n berpunca daripada masalah kolesterol tinggi.

“Sebelum sakit, saya gemar makan makanan segera dan bergoreng. Penyakit ini merubah saya menjadi seorang yang menjaga pemakanan,” katanya.

Pakar Perunding Perubatan Keluarga, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Prof Dr Noor

Azah Abd Aziz berkata, serangan angin ahmar boleh memberikan kesan yang pelbagai kepada penghidapn­ya.

Menurutnya, komplikasi jangka masa panjang kurang mendapat perhatian termasuk kesakitan saraf, lemah sebahagian badan, masalah buang air besar dan kecil, kognitif, dimentia, bertutur dan emosi iaitu kemurungan serta emosi tidak stabil.

“Komplikasi ini menyebabka­n mereka hilang upaya untuk berdikari (terlantar), bergantung kepada keluarga, tidak dapat bekerja atau bercampur dengan masyarakat.

“Disebabkan ini, ramai beranggapa­n pesakit angin ahmar terlantar tidak mempunyai harapan untuk pulih dan kembali ke kehidupan normal,” katanya.

Menurut beliau, stigma ini salah kerana kaedah Penjagaan Strok Berpanjang­an atau Lanjutan Dalam Komuniti adalah rawatan alternatif yang memberi peluang kedua kepada pesakit angin ahmar untuk menikmati kehidupan lebih baik.

“Ini salah satu komponen penjagaan angin ahmar komprehens­if mula diguna pakai di seluruh dunia selepas 2000.

“Di Malaysia, kaedah rawatan ini masih baharu dan penggunaan­nya belum lagi meluas,” katanya.

Kajian mendapati, daripada jumlah pesakit yang diserang angin ahmar, 10 peratus akan pulih sepenuhnya, 2 peratus pulih dengan kesan minimum dan 40 peratus mengalami komplikasi sederhana dan berat yang memerlukan rawatan berpanjang­an.

Beliau berkata, Klinik Lanjutan Strok, Klinik Primer PPUKM adalah klinik pertama menawarkan perkhidmat­an komprehens­if berasaskan komuniti untuk pesakit angin ahmar lanjutan di Malaysia sejak 2008.

“Kaedah penjagaan ini berkonsepk­an rawatan berterusan kepada pesakit angin ahmar di rumah selepas keluar dari hospital yang dibantu oleh ahli keluargany­a.

“Ia merangkumi tiga perkara penting iaitu rawatan fisioterap­i, cara kerja dan terapi pertuturan.

“Ini untuk memastikan pesakit stabil termasuk emosi, selamat dan tidak berlaku sebarang komplikasi selepas diserang angin ahmar pertama,” katanya.

Dr Noor Azah berkata, selain itu juga, ia dapat mengelakka­n pesakit daripada serangan angin ahmar berulang yang boleh berlaku dalam tempoh tiga bulan selepas serangan pertama.

“Selepas setahun, risiko serangan ini menjadi lebih tinggi sekiranya pesakit tidak mengawal punca penyebab penyakit berkenaan.

“Kebelakang­an ini, semakin ramai penghidap angin ahmar dalam kalangan individu berusia awal 40-an yang masih aktif bekerja dan terbabit dalam aktiviti kemasyarak­atan.

“Oleh itu, kaedah rawatan ini dapat membantu mereka segera pulih dan boleh kembali bekerja,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanap­un, proses pemulihan ini bergantung kepada jenis, tahap teruk penyakit serta usia pesakit.

“Bagi pesakit angin ahmar yang tidak menjalani intervensi trombolisi­s (rawatan memecahkan sumbatan plak darah), kesan pemulihan boleh dilihat dalam tempoh dua hingga tiga bulan.

“Ada pesakit angin ahmar muda yang saya rawat dapat kembali bekerja selepas setahun,” katanya.

Dr Noor Azah berkata, proses pemulihan lanjutan pesakit angin ahmar diteruskan menerusi pembabitan mereka dalam Kelab Sokongan Pesakit Strok (Kekasih) yang ditubuhkan pada 2014.

Menurutnya, setakat ini, lebih 100 pesakit menyertai kelab berkenaan yang dapat memperkasa­kan mereka dan keluarga menerusi penganjura­n pelbagai aktiviti sihat.

“Ia merangkumi aktiviti yang memperluas­kan sumber sokongan pesakit, meningkatk­an jati diri, pemulihan psikomotor berterusan dan meningkatk­an pengetahua­n mengenai angin ahmar,” katanya.

Ia merangkumi tiga perkara penting iaitu rawatan fisioterap­i, cara kerja dan terapi pertuturan DR NOOR AZAH

 ??  ?? PESAKIT angin ahmar perlu menjalani rawatan fisioterap­i.
PESAKIT angin ahmar perlu menjalani rawatan fisioterap­i.
 ??  ?? PESAKIT strok melakukan senaman di Klinik Lanjutan Strok, Klinik Primer PPUKM.
PESAKIT strok melakukan senaman di Klinik Lanjutan Strok, Klinik Primer PPUKM.
 ??  ??
 ??  ?? MOHAMAD Shahrizal kini boleh berjalan menggunaka­n bantuan tongkat.
MOHAMAD Shahrizal kini boleh berjalan menggunaka­n bantuan tongkat.
 ?? FOTO: HAIRUL ANUAR RAHIM ??
FOTO: HAIRUL ANUAR RAHIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia