Harian Metro

GEJALA KURANG VITAMIN B12

Berperanan penting hasilkan sel darah merah, DNA dan memastikan sistem saraf berfungsi dengan betul

- Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Vitamin B12 juga dikenali sebagai kobalamin iaitu vitamin larut air yang penting kepada tubuh.

Ia memainkan peranan penting dalam menghasilk­an sel darah merah, asid deoksiribo­nukleik (DNA) dan memastikan sistem saraf berfungsi dengan betul.

Vitamin ini secara semula jadinya boleh diperoleh daripada sumber makanan seperti daging, ikan, telur dan produk tenusu.

Bagaimanap­un, masalah kekurangan vitamin

B12 adalah perkara biasa terutama dalam kalangan warga emas.

Namun, golongan muda juga berisiko mengalami masalah ini, sekiranya tidak mendapatka­n khasiat vitamin itu yang mencukupi daripada diet pemakanan harian.

Gejala kekurangan vitamin B12 ini mengambil masa bertahun sebelum timbul dan usaha mendiagnos­isnya boleh menjadi rumit.

Lima gejala kekurangan vitamin B12: 1. Pucat dan kulit kekuningan

Individu yang mengalami kekurangan vitamin B12, sering kelihatan pucat atau sedikit kekuningan pada kulit dan mata putih.

Keadaan ini terjadi kerana kekurangan vitamin B12 yang menyebabka­n badan sukar untuk menghasilk­an sel darah merah.

Vitamin B12 memainkan peranan penting dalam penghasila­n DNA yang diperlukan untuk menghasilk­an sel darah merah.

2. Keletihan dan lemah

Ini adalah gejala biasa dialami individu yang kekurangan vitamin B12.

Ia berlaku apabila tubuh tidak mempunyai vitamin B12 mencukupi untuk menghasilk­an sel darah merah yang berperanan membawa oksigen ke seluruh badan.

Warga emas yang mengalami anemia kerana kekurangan vitamin B12, sering disebabkan keadaan auto imun yang dikenali sebagai ‘pernisius anemia’.

Individu dalam keadaan pernisius anemia ini, tidak dapat menghasilk­an protein penting mencukupi dikenali faktor intrinsik.

Faktor intrinsik adalah penting untuk mencegah kekurangan vitamin B12.

3. Perubahan mobiliti

Masalah kekurangan vitamin B12 yang tidak dirawat boleh merosakkan sistem saraf, akhirnya menyebabka­n perubahan pergerakan dan berjalan.

Seterusnya menjejaska­n keseimbang­an badan dan menyebabka­n individu cenderung jatuh semasa berdiri atau berjalan.

Ia sering terjadi pada warga emas kerana mereka tidak merawat gejala kekurangan vitamin berkenaan.

4. Glositis dan ulser mulut

Glositis ialah keradangan lidah yang boleh menyebabka­n organ ini berubah bentuk dan warna selain membuatkan penghidapn­ya menanggung kesakitan.

Ia juga boleh mengakibat­kan individu mengalami perubahan cara makan dan bercakap.

Sebilangan pesakit pula melalui pengalaman gejala kekurangan vitamin B12 yang berbeza iaitu bisul pada mulut dan merasakan lidah panas seperti terbakar.

5. Perubahan ‘mood’

Individu yang kekurangan vitamin

B12 sering dilaporkan mengalami perubahan mood.

Tahap vitamin B12 yang rendah dikaitkan dengan gangguan mood dan otak seperti kemurungan serta dementia.

Beberapa kajian menunjukka­n individu tertentu yang kekurangan vitamin B12, jika mengambil makanan tambahan dapat mengurangk­an gejala berkenaan.

 ?? FOTO SUMBER GOOGLE ?? PASTIKAN tubuh mendapat keperluan vitamin B12 mencukupi.
FOTO SUMBER GOOGLE PASTIKAN tubuh mendapat keperluan vitamin B12 mencukupi.
 ??  ?? RADANG lidah mengakibat­kan individu mengalami perubahan cara makan, bercakap.
RADANG lidah mengakibat­kan individu mengalami perubahan cara makan, bercakap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia