Harian Metro

Tiada tambahan pemain dan pegawai THT positif

-

Kuala Terengganu: Pihak pengurusan Pasukan Hoki Terengganu (THT) menarik nafas lega apabila baki pemain skuad itu serta pegawai terbabit bebas daripada jangkitan Covid-19.

Sebelum ini skuad gergasi Pantai Timur itu menerima tamparan hebat apabila tiga pemainnya iaitu penyerang negara, Faizal Saari, bekas pemain Tenaga Nasional (TNB) musim lalu, Shello Silverius dan penyerang muda berbakat, Abdul Khaliq Hamirin disahkan positif.

Pemangku Presiden Persatuan Hoki Negeri Terengganu (PHNT), Mohd Fikri Harun berkata, walaupun terkejut menerima perkhabara­n itu ketika saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) berbaki kurang dua minggu bakal dilangsung­kan, beliau tetap melihat perkembang­an itu secara positif kerana mendapat keputusan awal sekali gus mengelak lebih ramai pemain lain dijangkiti.

“Alhamdulil­lah

semua pemain termasuk pegawai membuat ujian calitan Covid-19, hasilnya negatif, hanya tiga pemain berkenaan disahkan positif dan kini dikuaranti­nkan.

“Saya yakin dalam masa terdekat tiga pemain itu segera sembuh kerana bacaan Covid-19 mereka tidak teruk dan berada dalam keadaan baik.

“Namun kami tetap menjaga kebajikan tiga pemain itu dengan memberi apa jua bantuan yang boleh dan diperlukan selain tidak memberi sebarang tekanan kepada tiga pemain yang terbabit serta pemain lain.

“Tapi saya mengharapk­an semua peminat hoki di seluruh negara termasuk peminat setia THT, mendoakan tiga pemain itu segera sembuh dan dapat kembali menjalani latihan seperti biasa bawah kendalian jurulatih, K Rajan untuk memperkuat­kan pasukan dalam MHL musim ini,” katanya.

Faizal Saari, Shello Silverius dan Abdul Khaliq Hamirin disahkan positif Covid-19

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia