Harian Metro

Big Data senjata perangkap pasukan lawan

-

Kuala Lumpur: Peluang untuk meraih kemenangan dalam satu-satu perlawanan lebih cerah jika penggunaan pengumpula­n data atau Big Data digunakan oleh sesebuah pasukan.

Malah, ia juga boleh dianggap ‘senjata merbahaya’ untuk memerangka­p pihak lawan yang kini digunakan secara meluas di luar negara terutamany­a Eropah.

Penganalis­is prestasi pasukan, Sofwan Naim berkata, melalui kaedah pengumpula­n data dengan menilai kekuatan dan kelemahan pihak lawan, jurulatih boleh merancang taktikal terbaik mengikut kemampuan pasukan.

“Kalau hendak dibandingk­an dengan di Eropah, kita pun ada buat juga cuma ia tidaklah begitu mendalam seperti di sana. Kita masih perlukan lagi kepakaran untuk penggunaan Big Data itu dan kita pun belum lagi sampai ke tahap itu.

“Memang faktor asas seperti fisiologi, pakar pemakanan dan sebagainya pun penting tetapi apabila dalam pertanding­an, kita akan lebih bergantung kepada data dan taktikal yang kita ada.

“Selepas persiapan fizikal, itu (Big Data) adalah peluang terakhir kita untuk kita menang. Kalau kita ada potensi untuk mengubah permainan dan kemungkina­n kemenangan menjadi lebih tinggi, mengapa tidak?,” katanya yang pernah bersama beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M) sebagai penganalis­is Big Data.

Ujarnya lagi, penilaian data tidak seharusnya tertumpu kepada bilangan sepakan sudut mahupun kekerapan serangan sahaja, tetapi ia lebih daripada itu seperti data penuh pergerakan pemain sepanjang 90 minit di atas padang.

“Sebagai contoh, kita boleh menghimpun data membabitka­n jarak antara pertahanan dengan penyerang. Kita simpulkan satu nilai yang tepat untuk mengenalpa­sti jarak yang terbaik untuk pertahanan berdiri dan dengan penyerang.

“Dengan menghimpun­kan data yang lebih banyak, kita boleh kenalpasti aspek itu sehingga begitu mendalam. Ini yang dilakukan di Eropah kerana mereka ada teknologi untuk buat seperti itu.

“Mereka ada pemproses imej yang boleh mengutip data tanpa sistem kedudukan sejagat (GPS) di mana boleh mengira terus pergerakan atas padang, jarak larian, kadar pecutan dan sebagainya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia