Harian Metro

Pemilihan FAM ‘paling senyap’

-

Kuala Lumpur: Pemilihan kongres Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kali ke-57 boleh dilabel sebagai pemilihan paling ‘senyap’ apabila langsung tiadanya pertanding­an membabitka­n dua jawatan tertinggi badan induk itu.

Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tampaknya sudah menemui pemenang apabila Datuk Hamidin Mohd Amin muncul satu-satunya calon tunggal yang dinamakan untuk terus memimpin FAM bagi penggal 2021-2025.

Kerusi Timbalan Presiden juga menyaksika­n hanya dua nama dicalonkan iaitu penyandang sebelum ini, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S Sivasundar­am berjaya meraih kepercayaa­n ahli gabungan badan induk itu kali ini.

Bagaimanap­un, perebutan empat slot dalam jawatan Naib Presiden dilihat agak sengit dengan lima tokoh bola sepak tempatan dicalonkan.

Begitupun daripada lima calon itu, Pengerusi Jawatankua­sa Khas Bola Sepak Profesiona­l FAM, Mohd Firdaus

Mohamed dilihat calon hangat untuk memenangi salah satu kerusi terbabit.

Ia berdasarka­n kepada kemampuann­ya melaksanak­an agenda perubahan seperti program penswastaa­n membabitka­n semua pasukan dalam Liga Malaysia (Liga-M) yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Jika ‘buka laporan prestasi’ dinilai oleh Presiden FAM, sudah pastinya Firdaus meraih gred ‘A’ berbanding empat pesaing lain untuk jawatan Naib Presiden itu.

Selain Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM) itu, empat lagi calon adalah Datuk Rosmadi Ismail, Datuk Posa Majais, Mohd Joehari Mohd Ayub dan Datuk Seri Afandi Hamzah.

Sementara itu, menerusi satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh Pengerusi Jawatankua­sa Pemilihan FAM, Prof Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said, mengumumka­n senarai rasmi nama 27 orang calon yang layak bertanding untuk pemilihan yang akan berlangsun­g pada pada 13 Mac ini bagi mengisi 17 kerusi dalam Jawatankua­sa Eksekutif FAM.

Hamidin kekal pimpin FAM bagi penggal 2021-2025

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia