Harian Metro

SAM gesa peraturan petugas media dikaji semula

-

Kuala Lumpur: Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) menyeru agar beberapa peraturan kepada media untuk membuat liputan pertanding­an bola sepak Liga Super dan Liga Perdana dikaji semula kerana ia dianggap kurang tepat dan agak membebanka­n.

Presiden SAM, Datuk Jasni Shafie berkata, peraturan mewajibkan media terutama jurugambar atau jurukamera untuk membuat ujian RTK Antigen pada setiap perlawanan akan menambahka­n lagi kos operasi pihak petugas media dalam masa pandemik ini.

“Setiap kali ujian RTK Antigen anggaran kos RM100-RM150 perlu dibelanjak­an oleh seorang petugas media, bayangkan kos perbelanja­an yang harus ditanggung oleh pihak media pada setiap perlawanan dan jika sepanjang musim.

“Bukan sekadar kos dari segi wang ringgit malah kekangan masa untuk melaksanak­an proses ini juga harus dititik beratkan.

“SAM sedar MFL (Liga Bolasepak Malaysia) selaku pengendali liga bola sepak tempatan sekadar melaksanak­an peraturan berdasarka­n garis panduan oleh KKM (Kementeria­n Kesihatan Malaysia) dan MKN (Majlis Keselamata­n Negara), tetapi pihak berwajib itu harus juga mengambil kira impak kewangan petugas media.

“Larangan wartawan untuk menemubual jurulatih atau pemain ketika latihan juga kelihatan suatu tindakan yang ‘mengarut’ kerana ia sebenarnya boleh diadakan dengan SOP yang sedia ada.

“Kalau Menteri boleh ditemubual dengan pematuhan SOP tertentu, kenapa ahli sukan tidak dibenarkan?” katanya.

Sehubungan itu, SAM akan meminta bantuan daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican untuk memanjangk­an masalah ini kepada MKN dan KKM agar satu solusi lebih munasabah dapat dicari.

“Media sentiasa bersama untuk mengaktifk­an semula aktiviti sukan melalui Gelembung Sukan yang dilaksanak­an, tetapi kebebasan dan kemudahan kepada media juga harus dititikber­atkan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia