Harian Metro

SOLSKJAER 'GOYANG' JUMPA CHELSEA

United tidak konsisten berdepan Chelsea di Stamford Bridge

-

Ole Gunnar Solskjaer percaya perebutan empat kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) sangat sengit menjelang pertemuan tengah malam ini tatkala Chelsea mempamerka­n kebangkita­n di bawah bimbingan Thomas Tuchel.

United terpaksa menyerahka­n takhta pendahulu liga kepada Manchester City pada 26 Januari lalu dan dengan hanya melakar dua kemenangan daripada enam perlawanan menyaksika­n mereka ketinggala­n 10 mata di belakang City.

“Chelsea mengekori kami rapat di belakang manakala City jauh di depan,” kata Solskjaer.

“Sudah tentu kami tidak boleh menjauhkan diri jika mempunyai impian untuk mengejar mereka dan kami juga tidak boleh memberikan Chelsea harapan untuk mengejar kami.”

Solskjaer percaya United tidak begitu konsisten menjelang pertemuan di Stamford Bridge yang menyaksika­n Tuchel memberi impak positif sejak menggantik­an Frank Lampard bulan lalu.

Chelsea belum pernah tewas sejak di bawah bimbingan pengendali Jerman itu dan mampu merapatkan jurang enam mata dengan United dalam usaha mereka merebut tempat ke Liga Juara-Juara. Sementara itu, Tuchel mendedahka­n dirinya berada dalam ‘kegelapan’ selepas United menyingkir­kan Paris Saint Germain (PSG) pada saingan Liga Juara-Juara ketika beliau membimbing kelab Perancis itu. Tuchel mempunyai peluang untuk membalas dendam dan ia pertemuan kali kelima dalam tempoh dua tahun Tuchel bertemu United. Pengendali berusia 47 tahun itu masih merasai keperitan kekalahan PSG kepada United pada 2019.

Selepas melakar kemenangan 2-0 di Old Trafford, PSG dikejutkan di Parc des Princes tiga minggu kemudian apabila mereka mengalami kekalahan 1-3, sekali gus tersingkir pada pusingan 16 terakhir.

“Sejujurnya selepas tamat perlawanan saya berada dalam tempat yang gelap selama dua hari. Saya tidak mampu bercakap dengan sesiapa pun dan memikirkan perkara lain selain kekalahan itu.

“Ia mungkin kekalahan terbesar yang pernah saya alami kerana ia hadir entah dari mana. Tapi ia hadir. Dua hari saya berada dalam kegelapan buat seorang jurulatih,” kata Tuchel.

Chelsea belum pernah tewas sejak dibimbing Tuchel

 ??  ??
 ??  ?? SOLSKJAER percaya perebutan tempat dalam kelompok empat teratas EPL sengit.
SOLSKJAER percaya perebutan tempat dalam kelompok empat teratas EPL sengit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia