Harian Metro

HARRIF GESA PERSIAPAN AWAL

Jaguh lumba basikal gesa umum senarai ke Sukan Sea Vietnam lebih awal

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Pelumba pecut negara, Harrif Saleh menggesa Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengumumka­n senarai nama pelumba yang beraksi di temasya

Sukan Sea Vietnam hujung tahun ini lebih awal.

Ini kerana dalam keadaan tidak menentu berikutan wabak Covid-19, persiapan rapi perlu dilakukan bagi memastikan pelumba berada dalam keadaan terbaik. Tegas Harrif, pemilihan senarai itu penting untuk pelumba membuat persediaan awal kerana misi utama adalah menghadiah­kan pingat buat negara.

“Saya harap PKBM senaraikan nama secepat mungkin untuk pemilihan ke Sukan Sea.

“Ia memudahkan saya membuat perancanga­n seterusnya dan jika mereka buat pada saat akhir kalau nama saya terpilih memang saya tak pergi,” katanya.

Mengulas mengenai pemilihan atlet membabitka­n gabungan senior dan junior, Harrif yang menyumbang­kan dua emas di Sukan Sea Singapura 2015 berkata, Sukan Sea bukan tempat pendedahan kepada pelumba muda.

Ia kerana misi utama negara ke temasya itu adalah memburu pingat dan untuk pendedahan pelumba muda seharusnya dihantar menyertai lebih banyak perlumbaan di luar negara seperti di Belgium atau Turki.

Harrif sebelum ini menceriaka­n peminat sukan berbasikal apabila melakarkan kejayaan mengagumka­n menawan Grand Prix Manavgat di Turki.

Ia kejohanan pertama berkelas dunia selepas hampir setahun tidak berlumba berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kejayaan itu membuktika­n dia yang juga pemenang dua peringkat perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun lalu itu berada dalam landasan terbaik untuk membantu skuad negara menyumbang­kan pingat di Sukan Sea Vietnam nanti.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia