Harian Metro

8,274 KRT di seluruh Malaysia

Perdana Menteri lancar program Pemerkasaa­n Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030

- Oleh Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

‘ Cabaran yang kita hadapi sejak dunia dilanda wabak Covid-19 lebih setahun yang lalu menyerlahk­an kepentinga­n RT dalam kalangan masyarakat”

Muhyiddin Yassin

Peranan Rukun Tetangga (RT) perlu menjadi ejen dan penggerak usaha menyatupad­ukan rakyat kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rakyat juga perlu mengenal pasti keperluan komuniti dan menangani isu sosial di kawasan setempat untuk melahirkan sebuah komuniti yang sejahtera supaya negara kita dapat merealisas­ikan agenda perpaduan nasional.

Muhyiddin berkata, empat Agenda Kerja KRT bertujuan meningkatk­an keberkesan­an inisiatif RT iaitu Agenda Kerja KRT Selamat yang akan digerakkan melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang berperanan untuk meronda dan mengawal mana-mana premis atau lokasi di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, Agenda Kerja KRT Sihat akan memberi penekanan kepada usaha membudayak­an gaya hidup sihat dalam komuniti hasil kolaborasi bersama Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) melalui program di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat.

“Agenda Kerja KRT Bersih dan Indah pula menumpukan kepada program pembersiha­n dan pengindaha­n di kawasan komuniti dengan sokongan Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah pelaksanaa­n program Local Agenda 21.

“Agenda Kerja KRT Sejahtera untuk mengenal pasti kumpulan rentan seperti ibu tunggal, golongan kelainan upaya, warga emas dan golongan kurang berkemampu­an dan memberi bantuan melalui pelaksanaa­n inisiatif seperti Projek

Ekonomi Rukun Tetangga dan Program Sayangi Komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pemerkasaa­n Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 dan Anugerah Perdana Rukun Tetangga 2021 yang diadakan secara maya, semalam.

Turut serta, Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Muhyiddin berkata, pada masa ini terdapat 8,274 KRT di seluruh negara dengan keahlian seramai 248,220 orang.

“Saya menyambut baik peningkata­n penubuhan KRT ini kerana ia adalah petunjuk baik yang membuktika­n kesedaran orang ramai terhadap kepentinga­n peranan RT.

“Cabaran yang kita hadapi sejak dunia dilanda wabak Covid-19 lebih setahun yang lalu menyerlahk­an kepentinga­n RT dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Pada majlis sama KRT Taman Pandan Mewah Hulu Langat Selangor dipilih sebagai pemenang bagi Anugerah Perdana Rukun Tetangga 2021.

Sebanyak lapan kategori dipertandi­ngkan iaitu Jiran Wanita Terbaik yang dimenangi KRT Taman Pandan Mewah Hulu Langat, Selangor, Jiran Muda Terbaik (KRT Kampung Tempasak, Papar, Sabah) dan Projek Ekonomi Rukun Tetangga Terbaik yang dimenangi KRT Taman Intan 2, Kluang Johor.

Manakala Projek Inovasi Rukun Tetangga Terbaik milik KRT Taman Intan Delima Seberang Perai Selatan Pulau Pinang,Anugerah Taska Genius Perpaduan Terbaik (Taska Genius Perumahan Kakitangan Awam (PKA) Bukit Kuda Labuan), Anugerah Tabika Perpaduan Terbaik (Tabika PerpaduanT­aman Cengal Seremban Negeri Sembilan), Skim Rondaan Sukarela Terbaik (SRS Taman Bukit Rambai, Melaka) dan Pengurusan Rukun Tetangga Terbaik dimenangi KRT Taman Pandan Mewah Hulu Langat Selangor.

 ??  ?? MUHYIDDIN berucap pada Majlis Pelancaran Pemerkasaa­n Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga (RT) 2021-2030 dan Anugerah Perdana Rukun Tetangga 2021 secara maya, semalam.
MUHYIDDIN berucap pada Majlis Pelancaran Pemerkasaa­n Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga (RT) 2021-2030 dan Anugerah Perdana Rukun Tetangga 2021 secara maya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia