Harian Metro

Terpaksa lupakan alam persekolah­an

-

“Bila Aleeya boleh pergi sekolah dan belajar macam kawan-kawan lain?” itu yang sering dituturkan Noor Aleeya Syahliana Mat Zaid, 9, kepada ibunya, Che Fatimah Sulaiman, 39.

Menurut bapanya, Mat Zaid Adam, 46, anak ketiga daripada empat beradik itu terpaksa melupakan alam persekolah­an selain tidak bebas melakukan aktiviti seharian berikutan penyakit buah pinggang kronik yang dihidapi sejak tiga tahun lalu dan kini perlu menjalani rawatan dialisis seumur hidupnya kerana kedua-dua buah pinggangny­a tidak berfungsi.

Lebih menyedihka­n, penyakit dideritain­ya itu menyebabka­n Noor Aleeya Syahliana tidak mampu berdiri dan berjalan dalam tempoh lama selain berat badannya semakin susut serta kedua-dua matanya kabur.

Mat Zaid berkata, anaknya itu disahkan mengalami masalah buah pinggang ketika berusia tujuh tahun dan hingga kini perlu menjalani rawatan hemodialis­is air atau Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) di rumah.

Menurutnya, semua kelengkapa­n untuk rawatan itu dibekalkan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

“Bagi mendapatka­n dialisis mencukupi, Aleeya perlu menjalani rawatan CAPD empat kali sehari di mana cecair dialisis dibiarkan di dalam rongga peritoneal selama empat hingga enam jam dan dikeluarka­n daripada abdomen serta diganti dengan cecair dialisis baru.

“Kebiasaann­ya, setiap pertukaran ia mengambil masa 45 minit dan isteri akan menyediaka­n segala kelengkapa­n untuk rawatan CAPD di dalam bilik yang kini diibaratka­n seperti klinik,” katanya di rumahnya di Kampung Sri Tujuh di sini.

Terdahulu, keluarga itu menerima kunjungan badan bukan kerajaan (NGO) Kelab Kebajikan dan Sukarelawa­n Sosial (KELSS) diketuai Ketua Unit Media dan Komunikasi­nya, Akidi Hamid.

Dalam kunjungan itu, Akidi menyerahka­n sumbangan wang tunai, susu, dan lampin pakai buang bagi meringanka­n beban ditanggung keluarga berkenaan.

Mat Zaid berkata, dia dan isteri reda menerima ujian yang menimpa anaknya itu dan tidak pernah putus berdoa supaya Aleeya terus kuat serta tabah.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an sumbangan boleh menyalurka­n ke akaun Maybank 1530920045­38 atas nama Mat Zaid Adam atau boleh menghubung­inya di talian 014-6316075.

 ??  ?? CHE Fatimah (kanan) membantu Noor Aleeya Syahliana menjalani rawatan CAPD di rumah mereka.
CHE Fatimah (kanan) membantu Noor Aleeya Syahliana menjalani rawatan CAPD di rumah mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia