Harian Metro

MENU SEDAP DUDUK ATAS

Aplikasi pop meals beri ‘kuasa veto’ kepada pelanggan secara dalam talian

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

Dalam menjalani kehidupan norma baharu akibat penularan pandemik Covid-19, ramai yang lebih selesa untuk berada di rumah.

Memikirkan keadaan yang masih tidak menentu, ramai lebih gemar membuat pesanan makanan secara dalam talian berbanding makan di luar.

Bagaimanap­un, pilihan makanan yang banyak pasti memeningka­n pengguna memilih yang terbaik pada harga yang berpatutan.

Menyedari dilema yang dihadapi pengguna itu,

Pop Meals tampil dengan kelainan menawarkan pelbagai makanan menarik, mudah didapati dan harga berpatutan.

Menariknya, Pop Meals memberi kuasa veto kepada pelanggann­ya untuk menentukan menu terbaik.

Pengurus Komunikasi­nya, Nurul Jamaludin berkata, pengguna tidak perlu bimbang kerana menu yang ditawarkan di Pop Meals berdasarka­n konsep carta popular.

Katanya, setiap menu dipengaruh­i undian pelanggan di aplikasi Pop Meals yang sering berubah setiap minggu.

“Kami menggunaka­n sistem algoritma pintar berdasarka­n penilaian dan momentum penjualan.

“Jadi sekiranya menu itu disukai ramai dan banyak undian, menu itu akan berada di dalam carta 20 makanan popular yang disukai pelanggan manakala menu yang tidak diminati secara automatik akan turun dan akhirnya terkeluar daripada carta.

“Malah pelanggan juga boleh mencadangk­an menu yang diinginkan untuk masukkan ke dalam carta terbabit dan setiap bulan paling kurang kita perkenalka­n dua menu baru,” katanya ketika ditemui di cawangan Pop Meals di Cyberjaya barubaru ini.

Antara menu yang mendapat sambutan termasuk Golden Salted

Egg Butter Chicken, Super Creamy Mac & Cheese dan Pesto Pasta.

Menurutnya, setakat ini pelanggan memberi maklum balas positif dengan konsep yang pertama diperkenal­kan di negara ini.

“Buktinya, pelanggan sangat aktif memberikan kritikan membina, nasihat positif melalui sistem maklum balas kami.

“Maklum balas ini sangat penting bagi kami membaiki mutu makanan dan perkhidmat­an,” katanya.

Jelasnya, bagi memastikan kualiti makanan sentiasa pada tahap terbaik, pihaknya turut memiliki pasukan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) yang besar.

“Pasukan R&D kami membina menu yangg ditentukan pelanggan.

“Kami juga menambah baik menu yang sedia ada berdasarka­n sistem maklum balas dan data asli yg diperolehi setiap hari,” katanya.

Ditanya perancanga­n masa hadapan, pihaknya merancang untuk membuka 50 cawangan di seluruh negara pada tahun ini.

“Setakat ini kita memiliki dua premis di Cyberjaya dan Sunway,” katanya.

 ??  ?? NURUL bersama sebahagian menu Pop Meals.
NURUL bersama sebahagian menu Pop Meals.
 ??  ?? MENU mendapat undian tertinggi turut dipaparkan di hadapan premis.
MENU mendapat undian tertinggi turut dipaparkan di hadapan premis.
 ??  ?? APLIKASI Pop
Meals memudahkan pelanggan membuat tempahan dan membuat undian.
APLIKASI Pop Meals memudahkan pelanggan membuat tempahan dan membuat undian.
 ??  ?? PELANGGAN juga boleh menikmati hidangan di cawangan Pop Meals.
PELANGGAN juga boleh menikmati hidangan di cawangan Pop Meals.
 ??  ?? CAWANGAN Pop Meals di Cyberjaya.
CAWANGAN Pop Meals di Cyberjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia