Harian Metro

Elak penularan Covid-19

-

Kuala Lumpur:

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menyaranka­n barisan petugas media sukan bola sepak Malaysia supaya mengambil RTK Antigen bagi memastikan keselamata­n gelembung Liga Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, pihaknya sentiasa menghargai peranan media yang turut dianggap salah satu petugas barisan hadapan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.

Katanya, MFL sentiasa mencari mekanisme terbaik untuk memastikan barisan petugas media dapat menjalanka­n tugas untuk membuat liputan bola sepak di peringkat domestik.

Bagaimanap­un, beliau menegaskan pihaknya selaku penganjur Liga Malaysia juga memiliki tanggungja­wab tersendiri di mana bertindak memastikan gelembung bola sepak Malaysia berada dalam keadaan selamat.

“Saya ingin menyentuh beberapa perkara selepas kenyataan Presiden Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM), Datuk Jasnie Shafie terhadap tuntutan berkenaan kos RTK Antigen untuk liputan Liga Malaysia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sejak 15 Februari 2021, Majlis Keselamata­n Negara (MKN) melalui Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) membenarka­n program latihan berpusat kepada pasukan Liga Malaysia dengan amalan operasi prosedur standard (SOP) iaitu Home atau Camp Quarantine.

“Susulan daripada itu, pasukan Liga Malaysia diwajibkan untuk terus kekal dalam gelembung bagi memastikan Liga Malaysia yang bakal bermula pada 5 Mac kekal bebas daripada sebarang ancaman Covid-19.

“MFL selaku penganjur liga tempatan diberikan tanggungja­wab untuk memastikan gelembung ini tidak dibocori selaras tuntutan SOP daripada pihak kerajaan di mana tiada pihak terkecuali dengan perintah ini termasuk Menteri,” katanya.

Tambah Ab Ghani, MFL juga mengenakan peraturan wajib mengambil RTK Antigen

kepada mana-mana media sahaja yang terbabit secara langsung di kawasan berhampira­n dengan pasukan.

Katanya, media masih diberikan kelonggara­n untuk mengadakan sesi sidang media tetapi harus mengikuti SOP ketat seperti yang telah disediakan.

Jelasnya lagi, keseluruha­n SOP Liga Malaysia ini kemungkina­n akan berlaku kelonggara­n tetapi ia mengikut keadaan semasa pandemik Covid-19 serta sesi perbincang­an bersama MFL dan KBS.

“Oleh sebab demikian, MFL hanya menuntut kepada media bergerak ke Field Of Play (FOP) sahaja diwajibkan mengambil RTK Antigen. Dan kebiasaann­ya petugas yang berada di FOP hanya jurugambar dan juru video sahaja,” katanya.

 ??  ?? AB Ghani
AB Ghani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia