Harian Metro

100HELAHBO­LOS

Kesukaran bolos sempadan negara menyebabka­n sindiket naikkan harga untuk seludup masuk Pati

- lapor Hafizul Hilmi Mohd Noor

Kegiatan penyeludup­an migran tetap aktif sekalipun negara menutup pintu sempadan dan menjaga perairan negara dengan ketat melalui Op Benteng sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu. Ini terbukti apabila setiap hari ada migran yg ditahan.Mereka ini licik dan menggunaka­n lebih 100 muslihat untuk menceroboh kerana habuan sindiket cukup lumayan. Semakin ketat kawalan semakin mahal harga untuk seorang migran,

Tidak kenal erti serik! Biarpun operasi Op Benteng giat dilakukan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac tahun lalu namun tekong laut dan darat sedikitpun tidak gerun dengan tindakan keras dikenakan.

Ini terbukti apabila pihak keselamata­n masih menahan berpuluh pendatang asing tanpa izin (Pati) yang ‘selamat’ tiba di negara ini setiap hari tanpa istilah ‘rehat.’

Kegiatan jenayah rentas sempadan dan penyeludup­an manusia didalangi pengkhiana­t negara ini jelas tiada ‘noktah’ berikutan ia memberikan pulangan lumayan kepada sindiket.

Mereka dikesan menggunaka­n lebih 100 modus operandi berbeza untuk setiap kawasan bagi mengelakka­n dihidu pihak berkuasa.

Lebih menyukarka­n apabila sindiket penyeludup­an ini juga dibantu penduduk tempatan dan nelayan turut mencipta laluan tikus baru bagi kegunaan mereka.

Malah, peningkata­n harga ‘perkhidmat­an’ mencecah RM16,000 bagi satu kepala warga asing yang mahu masuk ke negara ini sedikitpun tidak mengurangk­an jenayah pemerdagan­gan manusia serta penyeludup­an migran ini.

Mendedahka­n perkara itu, Komander National Task Force (NTF) Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan berkata, pihaknya juga mengesan faktor lain yang menyebabka­n warga asing tetap cuba untuk masuk ke negara ini walaupun kawalan ketat Op Benteng dilakukan.

“Antaranya adalah faktor penarik dan tekanan di negara mereka sendiri akibat kesempitan dan kesusahan menyebabka­n mereka ini sedaya upaya mahu masuk ke

Malaysia.

“Selain itu terdapat permintaan terhadap warga asing menyebabka­n sindiket penyeludup­an tidak pernah serik walaupun penahanan dilakukan pada setiap hari,” katanya

ketika ditemui Harian Metro.

Beliau berkata, ekoran kawalan ketat dilakukan di sempadan negara menerusi Op Benteng yang dijalankan sejak tahun lalu, sindiket juga dikesan menaikkan caj kepada warga asing yang mahu masuk ke negara ini secara haram.

“Jika dahulu sindiket yang membawa masuk warga Rohingya mengenakan caj RM12,000 namun kini caj berkenaan meningkat sehingga RM16,000 bagi satu kepala.

“Bagi warga asing dari negara jiran (Indonesia) pula, caj yang dikenakan mencecah RM3,000 bagi satu kepala jika dibandingk­an sebelum pelaksanaa­n Op Benteng apabila sindiket hanya mengenakan caj

RM2,000 seorang,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut mengesan enam paksi utama ancaman kemasukan warga asing di negara ini antaranya ancaman dari utara iaitu di Pulau Langkawi.

“Selain itu ancaman turut dikesan datang dari Selangor, kemudian Johor, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Ini antara cabaran yang terpaksa dilalui namun NTF sentiasa bersiap siaga.

“Pasukan keselamata­n juga mengenal pasti laluan masuk Pati popular iaitu di kawasan utara Pulau Langkawi di Kedah, selatan Kuala Selangor, Selangor ke Tanjung Piai, Johor dan tenggara Johor,” katanya.

Aris Adi berkata, lorong tikus di Malaysia dibahagika­n kepada tiga kategori iaitu laluan yang mempunyai rekod tangkapan sebelum ini tetapi aktif; laluan pernah digunakan sebelum ini namun kurang aktif dan laluan tidak aktif dan dianggap jalan terakhir jika laluan satu dan dua dikawal ketat pihak berkuasa.

“NTF juga membuat pemantauan kira-kira

500 laluan tikus masing-masing di Sabah dan Sarawak yang dijadikan laluan untuk membawa masuk Pati.

“Petugas keselamata­n membabitka­n polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) dan pelbagai agensi lain bertugas 24 jam setiap hari di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai laluan masuk Pati,” katanya.

Tegasnya, walaupun perairan negara ini luas, ia tidak mematahkan komitmen NTF untuk membantera­s kegiatan penceroboh­an PATI sehingga ke akar umbi.

“Usaha ini bukan hanya bertujuan menghentik­an lambakan pendatang haram di negara ini namun bertujuan menyekat penularan Covid-19 dari mana-mana negara jiran ke negara ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA pendatang asing yang berjaya ditahan daripada menceroboh tanah air melalui Op Benteng.
ANTARA pendatang asing yang berjaya ditahan daripada menceroboh tanah air melalui Op Benteng.
 ??  ?? NTF membuat pemantauan kira-kira 500 laluan tikus masing-masing di Sabah dan Sarawak yang dijadikan laluan untuk membawa masuk Pati.
NTF membuat pemantauan kira-kira 500 laluan tikus masing-masing di Sabah dan Sarawak yang dijadikan laluan untuk membawa masuk Pati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia