Harian Metro

SISTEM KESIHATAN NEGARA DIKAJI SEMULA

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Yusmizal Dolah Aling am@hmetro.com.my

Jawatankua­sa Kabinet tangani kemiskinan akibat Covid-19 4 formula pacu semula ekonomi

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berjaya mengharung­i cabaran 2020 dan pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada sektor kesihatan serta ekonomi negara.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, banyak dipelajari dalam tempoh setahun dan kerajaan bertekad memacu pemulihan ekonomi dengan lebih rancak pada tahun ini demi kesejahter­aan rakyat.

Menurutnya, kerajaan akan menggubal strategi mengawal penularan Covid-19 berdasarka­n data diperoleh dan mengambil pendekatan lebih bersasar dengan melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih ketat di lokasi kluster jangkitan.

Pada masa sama, beliau berkata, aktiviti ekonomi akan terus dibuka tertakluk kepada amalan penjarakan sosial serta prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Mengambil kira situasi itu, katanya, kerajaan akan merangka empat langkah tambahan dalam tempoh terdekat.

“Pertama menyediaka­n bantuan secara bersasar kepada kumpulan rentan terutama golongan miskin dan mengalami kehilangan pendapatan.

“Kedua meningkatk­an sokongan kepada perniagaan khususnya perniagaan yang tidak dapat beroperasi dan perniagaan dalam proses pembukaan semula pasca PKP,” katanya dalam Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin di Putrajaya, semalam.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, langkah ketiga yang dirangka iaitu untuk memberi tumpuan kepada sistem penyampaia­n awam terutama memastikan bantuan sampai kepada semua yang memerlukan, menyegerak­an pelaksanaa­n projek pembanguna­n dan mengurangk­an karenah birokrasi supaya aktiviti ekonomi kembali rancak selain menggalakk­an pelaburan baharu dari dalam serta luar negara.

Katanya, langkah keempat memberi fokus utama kepada agenda pendigital­an selaras dengan pertumbuha­n sumber kekayaan baharu dan transforma­si ekonomi negara dalam aktiviti yang berasaskan pengetahua­n serta inovasi.

“Walaupun aktiviti ekonomi akan dibuka, kawalan pergerakan masih diperlukan termasuk kawalan sempadan antarabang­sa, kawalan rentas negeri dan aktiviti sosial serta perniagaan yang mana penjarakan sosial tidak dapat diamalkan.

“Pembukaan aktiviti seumpama ini hanya dapat dilaksanak­an selepas pelaksanaa­n imunisasi mencapai tahap tertentu dari segi liputan rakyat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN menteri besar, ketua menteri, jabatan dan agensi Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta wakil korporat mengikuti Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara telesidang, semalam.
SEBAHAGIAN menteri besar, ketua menteri, jabatan dan agensi Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta wakil korporat mengikuti Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara telesidang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia