Harian Metro

PEMATUHAN SOP MURID TINGGI

-

Putrajaya: Hari pertama mu-‘ pembukaan sesi persekolah­an secara bersemuka bagi murid prasekolah, tahun satu dan dua di seluruh negara semalam menyaksika­n tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi dalam kalangan warga sekolah termasuk rid-murid.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata pembukaan didahuluka­n bagi kumpulan murid itu untuk membiasaka­n mereka dengan keadaan di sekolah memandangk­an mereka pertama kali masuk ke sekolah dengan pelaksanaa­n SOP.

“Jika kita lihat, Alhamdulil­lah pematuhan kepada SOP di sekolah adalah baik. Kadang-kadang kita rasa anak-anak ini tidak patuh, tapi kalau kita pergi tengok sendiri dan saya biasa melawat sekolah tanpa memaklumka­n kehadiran saya, kita lihat anak-anak ini memang mematuhi SOP khususnya di dalam kelas.

“Sebab itu di sekolah kita meminimumk­an pergerakan mereka, kita berbincang dengan Kementeria­n Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) apakah pendekatan supaya pergerakan diminimumk­an.

“Sebab susah hendak kawal bila banyak sangat pergerakan, tetapi dalam sekolah ini pergerakan agak terhad,” katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin, semalam.

Selain itu, Radzi berkata beliau sempat melawat dua sekolah semalam dan mendapati ibu bapa juga mematuhi garis panduan yang ditetapkan dengan hanya menghantar anak-anak hingga ke pagar sekolah sebelum mereka dibawa masuk ke kelas oleh guru.

Radzi berkata Kementeria­n Pendidikan Malaysia memaklumka­n kepada pihak sekolah mengenai pelbagai model yang boleh digunakan semasa tempoh penyuraian yang boleh diadakan secara berperingk­at untuk memastikan tidak ramai murid bersurai pada satu-satu masa.

“Guru besar boleh melihat kedudukan sekolah, bagaimana dengan jalan atau kesesakan dan boleh memilih pendekatan untuk menyuraika­n murid,” katanya.

Di sekolah kita meminimumk­an pergerakan mereka, kita berbincang dengan KKM dan Majlis Keselamata­n Negara

Dr Radzi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia