Harian Metro

Op Benteng berkesan halang Pati

-

Kuala Lumpur: Gerakan Op Benteng yang diperkenal­kan sejak sembilan bulan lalu terbukti berkesan menghalang keluar masuk pendatang asing tanpa izin (Pati) di sempadan negara. Ini dibuktikan hasil pelbagai kejayaan yang diraih menerusi operasi itu terutama tangkapan Pati pada setiap hari.

Komander National Task

Force (NTF) Laksmana

Madya Datuk Aris Adi Tan berkata, sehingga 15 Februari lalu sebanyak 17,690 tangkapan dilakukan membabitka­n Pati, tekong, penyeludup, rampasan kapal dan bot serta kenderaan darat dilakukan.

“Daripada jumlah itu, 907 tekong darat dan laut berjaya ditahan sejak Op Benteng diperkenal­kan, selain tangkapan 11,861 Pati yang masuk secara haram serta 1,195 orang Pati diusir keluar.

“Bagi penyeludup pula, seramai 494 individu ditangkap cuba menyeludup masuk barangan atau membawa keluar dari negara ini,” katanya.

Menurutnya, sejak awal operasi Op Benteng dilakukan sehingga kini, sebanyak 19,244 kapal dan bot dikesan dalam kawasan perairan negara.

“Pasukan keselamata­n turut mengusir 606 kapal dan bot selain menahan 310 bot serta kapal.

“Melalui Op Benteng, kami turut merampas 1,387 kenderaan darat menerusi sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng dilakukan.

“Sejak sembilan bulan dilaksanak­an, saya mendapati Op Benteng sangat berkesan walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran,” katanya

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataann­ya memaklumka­n pengurusan sempadan darat dan laut pada tahun ini akan diperkukuh­kan melalui pendekatan lima sempadan hadapan (five-front approach) iaitu sempadan utara Kedah, sempadan utara Kelantan, Selatan, Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, keperluan untuk pembinaan pagar sempadan, penggunaan teknologi terkini seperti

CCTV (sistem kamera keselamata­n litar tertutup), radar serta dron dan pembinaan pos kawalan akan dilakukan.

“Antara pencapaian pada tahun lalu adalah pelaksanaa­n Pelan Rekalibras­i pendatang tanpa izin membabitka­n dua program iaitu Rekalibras­i Pulang dan Rekalibras­i Tenaga Kerja, antara lain bertujuan merekodkan data pendatang tanpa izin dan mengekang penularan Covid-19 dalam kalangan mereka,” katanya.

Sehingga 31 Disember 2020, sebanyak 6,634 operasi ke atas pendatang tanpa izin dilaksanak­an dengan seramai 22,522 orang pendatang tanpa izin dan

387 majikan ditahan.

Sepanjang tahun lalu, katanya, Jabatan Imigresen (JIM) berjaya menumpaska­n 11 sindiket berkaitan pendatang asing tanpa izin dan jenayah rentas sempadan manakala seramai 111 orang dalang dan ahli sindiket daripada pelbagai warganegar­a ditahan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ARIS
ARIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia