Harian Metro

Syabu jutaan ringgit bawah lantai lori tiga tan

-

Georgetown: Membawa bekalan dadah bernilai RM22.46 juta dari Kelantan dan taktik menyembuny­ikannya dalam ruang khas di bawah lori gagal mengaburi pihak berkuasa.

Kegiatan pengedaran dadah terbongkar selepas anggota Unit Bermotosik­al (URB), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah mengesan lori seberat tiga tan diparkir dalam keadaan mencurigak­an pada jam 2 pagi, Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Razarudin Husain berkata, anggota mendapati tiga warga Indonesia memunggah dadah berkenaan dari lori ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV).

Menurutnya, tiga suspek melarikan diri selepas sedar kehadiran polis namun seorang daripadany­a yang berusia 23 tahun dapat ditahan.

“Pemeriksaa­n pada lori menemui 495 bungkusan dadah dipercayai syabu dianggarka­n seberat 511.95 kilogram (kg) bernilai RM18.43 juta.

“Polis menjumpai 101 lagi bungkusan dadah seberat 106.915 kg disembunyi­kan di bawah papan lantai lori,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, semalam.

Menurut Razarudin, siasatan lanjut terhadap suspek membawa polis ke sebuah kondominiu­m di Bukit Mertajam di sini, dan menemui lima lagi bungkusan dadah seberat 4.895 kg.

“Susulan itu, empat suspek berusia 27 dan 51 tahun ditahan di sekitar Kulai dan Seri Alam, Johor serta di Sungai Buloh, Selangor bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing terhadap semua suspek didapati negatif dadah dan satu daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Sindiket aktif sejak Mei tahun lalu dan bekalan dadah dipercayai dibawa masuk menerusi Kelantan, transit di Pulau Pinang bagi pasaran tempatan dan Indonesia.

“Dadah itu sekiranya dipasarkan boleh digunakan 3.1 juta penagih,” katanya.

Razarudin berkata, dua lagi suspek warga Indonesia yang melarikan diri dikenal pasti sebagai Zulfikar, 32, dari Taman Pelangi, Perai dan Hafis Farezza, 21, dari Jalan Juru Sentral, Bukit Mertajam.

Menurutnya, polis percaya mereka masih di dalam negara memandangk­an pasport mereka ditemui di dalam lori.

 ??  ?? RAZARUDIN (empat dari kiri) menunjukka­n syabu yang dirampas, semalam.
RAZARUDIN (empat dari kiri) menunjukka­n syabu yang dirampas, semalam.
 ??  ?? INSPEKTOR Nursyahira­h Safri menunjukka­n ruang di mana bungkusan dadah disembunyi­kan di dalam lori.
INSPEKTOR Nursyahira­h Safri menunjukka­n ruang di mana bungkusan dadah disembunyi­kan di dalam lori.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia