Harian Metro

31 warga polis bersekongk­ol

-

‘ Kesalahan itu dianggap sesuatu amat serius. Jadi saya sebagai Ketua Polis Negara mengambil tindakan dengan membawanya ke peringkat atasan untuk diadili sebaik mungkin”

Abdul Hamid

Seramai 31 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenal pasti bersekongk­ol dengan sindiket Macau Scam dan kegiatan perjudian dalam talian bakal berdepan hukuman berat tidak lama lagi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, proses bagi menjatuhka­n hukuman terhadap mereka sudah dibawa ke pihak Suruhanjay­a Pasukan Polis (SPP) untuk tindakan seterusnya.

Menurutnya, mereka sebelum ini disyaki terbabit dengan sindiket Macau Scam didalangi Zaidi Kanapiah atau lebih dikenali sebagai Addy Kanna dan Goh Leong Yeong atau Alvin Goh.

“Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) sudah melengkapk­an siasatan dan diserahkan kepada SPP yang dipengerus­ikan Yang Berhormat Menteri (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin) sendiri.

“Ini kerana kesalahan itu kami anggap sesuatu yang amat serius atas kepentinga­n orang ramai.

“Jadi saya sebagai Ketua Polis Negara sudah mengambil tindakan dengan membawanya ke peringkat atasan untuk diadili sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media upacara penutupan Kursus Asas

Konstabel Orang Asli PDRM Siri 1/2020 di Lapang Sasar Utama, Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Hulu Kinta, semalam.

Abdul Hamid berkata, dibuang kerja, diturunkan pangkat dan dipotong gaji antara hukuman yang boleh dikenakan SPP kepada semua pegawai dan anggota berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan Goh dan Addy Kanna ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia

(SPRM) pada Oktober tahun lalu selepas didapati menjalanka­n aktiviti penipuan Macau Scam dan judi dalam talian yang menyasarka­n mangsa di China selain bekerjasam­a dengan kartel penipuan di luar negara.

Di samping itu, SPRM turut menahan serta menyoal siasat beberapa selebriti terkenal, pegawai dan anggota polis yang melindungi sindiket berkenaan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia