Harian Metro

Didenda RM10,000 seludup 111 kambing

-

Setiu: Dua lelaki masing-masing dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah menyeludup 111 ekor kambing Boer bernilai RM111,000.

Majistret Raja Norshuzian­a Shakila Raja Mamat membuat keputusan berkenaan selepas kedua-dua tertuduh, Muhammad Nor Syuhadan Mohamad Nor, 25, dan Mohd Syamsul Fadlihisya­m Ab Azid, 37, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Selain itu, dua tertuduh turut berdepan hukuman penjara sembilan bulan sekiranya mereka gagal menjelaska­n denda berkenaan.

Mahkamah turut memerintah­kan 111 ekor kambing Boer berkenaan dilucutkan hak dan wang hasil jualan ternakan menjadi hasil kerajaan.

Mengikut pertuduhan, dua tertuduh didakwa memindahka­n 111 ekor kambing dengan menggunaka­n lori tanpa memiliki Peraturan Kebenaran Pindah dan Perakuan

Kesihatan Veterinar daripada Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) Terengganu atau pegawai yang diberi kuasa olehnya.

Kesalahan itu dilakukan di tepi Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Permaisuri, di sini, jam 4.46 petang pada 26 Ogos 2020.

Bagi kesalahan berkenaan, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Para (i)(b) Perintah Subseksyen 36 (1) Akta Binatang 1953 dan boleh dihukum mengikut Subseksyen 36 (7) Akta Binatang 2013 (Akta A1452) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa JPV Mohd Shahihan Mohd Tahar.

Berdasarka­n fakta kes, semua ternakan itu diseludup dari Golok, Thailand menggunaka­n perahu sebelum dipindahka­n ke dalam lori.

Dua tertuduh ditahan di Setiu ketika dalam perjalanan menghantar ternakan itu ke Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Mahkamah memerintah­kan 111 ekor kambing Boer dilucutkan hak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia