Harian Metro

65 peratus bertukar zon merah

Kelantan paling terjejas apabila kerajaan beri kelonggara­n pergerakan rentas sempadan sebelum ini

- Oleh Rafidah Mat Ruzki am@hmetro.com.my

Kelantan adalah negeri yang paling terjejas apabila kerajaan memberi kelonggara­n terhadap pergerakan rentas sempadan sebelum ini.

Menteri Kanan Keselamata­n Datuk Seri Ismail Sabri berkata, sebelum itu, selepas pergerakan rentas daerah dibenarkan sebelum ini kira-kira 65 peratus daripada daerah di Kelantan yang sebelum ini dalam zon hijau, bertukar menjadi merah.

“Kelantan negeri yang paling terkesan apabila rentas negeri dibenarkan apabila warga daripada Kelantan yang ada di Kuala Lumpur dan Selangor balik ke Kelantan.

“Ia menyebabka­n negeri berkenaan yang ketika itu hampir keseluruha­n hijau, 65 peratus daerah di Kelantan menjadi merah, dua tiga minggu selepas kebenaran diberikan menyebabka­n kerajaan terpaksa menutup semula sempadan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya di sini, semalam.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, pengenalan PKP 2.0 juga bukan hanya berikutan peningkata­n kes di Sabah, sebaliknya ia juga kerana berlaku peningkata­n kes Covid-19 akibat pergerakan rentas sempadan negeri.

Katanya, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) juga memaklumka­n setakat ini ada 32 kluster jangkitan Covid-19 berkaitan rentas sempadan direkodkan.

Beliau berkata, kes yang berlaku di Sabah bermula dengan kemasukan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang memulakan jangkitan di pusat tahanan di Tawau, menyebabka­n kerajaan mengambil keputusan mengawal kemasukan golongan berkenaan

“KKM juga memaklumka­n kepada kita 50 peratus rakyat dikuaranti­nkan di rumah (yang pulang dari luar negara selepas gelombang kedua) tidak patuh dengan SOP ditetapkan, justeru, kita mengeluark­an arahan memperketa­tkan semula kuarantin di hotel.

“Kita tahu mengawal pergerakan bukan satu yang mudah, tetapi kita tidak ada pilihan. Kita pernah mencapai kes positif sifar selama beberapa hari dan lama tiada kes dua digit, tetapi selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, waktu itu keadaan tidak terkawal walaupun kita ada SOP.

“Sebab itu apabila rakyat kata kenapa tidak jalankan pilihan raya umum (PRU), boleh perkenalka­n SOP yang ketat...kita ada SOP yang ketat di Sabah tetapi ramai yang melanggar SOP akhirnya kes meningkat,” katanya.

Justeru, katanya, apabila kes meningkat semula, kerajaan terpaksa memperkena­lkan semula PKP.

Terdapat 32 kluster jangkitan Covid-19 berkaitan rentas sempadan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia