Harian Metro

Umum status PKP empat negeri hari ini

-

Putrajaya: Status Perintah Kawalan pergerakan (PKP) 2.0 di empat negeri ketika ini akan diumumkan hari ini selepas dibincangk­an dalam Sidang Khas Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dipengerus­ikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin, semalam.

Menteri Kanan Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan sama ada ia akan dilanjut atau ditamatkan selepas 4 Mac ini akan diputuskan selepas Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) membentang­kan penilaian risiko dalam sidang khas itu.

“Saya pasti pasukan KKM, Ketua Pengarah Kesihatan akan membentang­kan penilaian risiko pada mesyuarat itu, kami akan bincangkan dan menilainya sebelum membuat keputusan.

“Keputusan untuk melanjutka­n PKP itu juga berdasarka­n kepada pengalaman dan data yang diperoleh sejak setahun lalu.

“Sebagai kerajaan yang telus dan bertanggun­gjawab, penjelasan akan diberikan kepada rakyat bagi setiap keputusan yang diputuskan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya di sini, semalam.

Beliau berkata, sama ada kerajaan memutuskan melanjut mahupun menamatkan PKP 2.0 di empat negeri itu, perlu ada justifikas­i terhadap keputusan itu dan ia akan dibuat berdasarka­n bukti data dan sains.

Katanya, sebarang data dan fakta dikumpul juga sentiasa dikongsika­n oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Menteri Kanan Keselamata­n Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Alhamdulil­lah dengan sokongan rakyat dan banyak pihak memberikan pandangan, kita membuat keputusan yang baik setakat ini dan kita akan terus berbuat demikian, Insya-Allah ia akan diumumkan esok (hari ini),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia