Harian Metro

23 warga asing dikenakan PKPD di asrama gagal ditemui

-

Ipoh: Seramai 23 warga asing yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di asrama pekerja sebuah kilang pakaian antarabang­sa di Pangsapuri Anjung Tawas Damai di sini, didapati tiada di tempat tinggal mereka.

Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, polis menjalanka­n gerakan untuk mengesan mereka itu bersama Pejabat

Kesihatan Daerah (PKD) Kinta dengan dibantu pengurusan kilang berkenaan sebaik mendapati mereka tiada di asrama.

“Kita andaikan mereka ini duduk (tinggal) dengan rakan yang menetap di luar kawasan PKPD terbabit. Kita tidak boleh juga kata mereka ingin lari, namun mungkin penutupan kilang berkenaan sejak 24 Februari lalu menyebabka­n mereka ‘terkandas.’

“Bagaimanap­un, kami memuji tindakan awal pihak pengurusan kilang terbabit yang menghantar beberapa pekerjanya menjalani saringan di pusat perubatan swasta susulan menunjukka­n gejala Covid-19 sejak 22 Februari lagi,” katanya ketika ditemui selepas sidang media di pos kawalan tempat kejadian (PKTK) PKPD terbabit, semalam.

Kelmarin, media melaporkan Menteri Kanan (Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumka­n pelaksanaa­n PKPD selama 14 hari bermula semalam di asrama pekerja terbabit dengan 524 ujian saringan dibuat dan mendapati 213 orang dilaporkan positif Covid-19.

Menurutnya, usaha menghubung­i warga asing berkenaan sedang giat dijalankan termasuk dengan menghubung­i rakan serta kenalan mereka.

Katanya, terdapat 477 penduduk menghuni pangsapuri dengan 90 unit kediaman itu yang majoritiny­a iaitu 439 merupakan pekerja kilang terbabit.

“Kita turut menempatka­n seramai 17 lagi pekerja kilang berkenaan yang menetap di sekitar pangsapuri terbabit untuk sama-sama menjalani PKPD di situ dengan mereka memberi kerjasama tanpa membantah,” katanya.

 ??  ?? A Asmadi
A Asmadi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia