Harian Metro

Jeti SK Pulau Beluru ‘sesak’ dipenuhi murid

-

Tumpat: Suasana di jeti Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Beluru kembali meriah dengan kehadiran lebih 100 murid prasekolah, tahun satu, dua dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), semalam.

Seawal jam 6.30 pagi kelihatan bot penambang yang dikemudi ahli keluarga menyusuri sungai dari beberapa kampung sekitar membawa murid bagi memulakan sesi persekolah­an baharu.

Bagi tiga beradik dari

Pulau Cendol di sini, perasaan teruja jelas kelihatan sebaik turun dari bot sambil ditemani ibu mereka, Siti Nor Amirah Mohd Yasin, 27.

Siti Nor Amirah berkata, ketiga-tiga anaknya, Nur Alia Adriana Nor Hisyam, 6, Nur Ainul Mardiah, 8, dan Muhammad Amirul Hakimi, 11, yang belajar di kelas PPKI bangun seawal jam 6 pagi tanpa perlu dikejutkan.

“Paling bersemanga­t adalah Nur Ainul Mardiah yang sudah bersiap sebaik saya ingin memasak bagi menyediaka­n sarapan pagi dan dia teruja bertanya mengenai kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa).

“Muhammad Amirul Hakimi serta Nur Alia pula saling berebutkan kasut sekolah kerana kasut milik salah seorangnya sudah ketat dan saya bercadang untuk keluar ke kedai bagi membeli yang baharu,” katanya.

Ketibaan murid-murid berkenaan disambut guru besar SK Pulau Beluru, Mohd Azman Hussain sambil menitipkan pesanan ringkas terutama kepada murid prasekolah dan tahun satu mengenai prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan di sekolah.

Pelbagai gelagat kanak-kanak dapat dilihat ketika hari pertama persekolah­an termasukla­h enggan masuk ke kawasan sekolah kerana belum dapat menyesuaik­an diri menyebabka­n guru besar terpaksa memujuk dan memimpin tangan mereka untuk masuk ke kelas masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia