Harian Metro

Yakin kemampuan guru kendali murid ikut SOP

-

Kuala Lumpur: Sesi persekolah­an 2021 secara bersemuka yang bermula semalam bagi murid prasekolah, tahun satu dan dua menyaksika­n ibu bapa hadir ke sekolah menemani anak mereka dalam situasi norma baharu dengan memakai pelitup muka bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Tinjauan Harian Metro di luar pekarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Maluri, di sini, mendapati rata-rata ibu bapa juga akur dengan arahan tidak masuk ke dalam kawasan sekolah.

Cuma mereka dilihat tidak berganjak selepas menghantar anak masing-masing sebaliknya kekal di luar pagar bagi meninjau keadaan dan mendengar arahan selanjutny­a daripada guru.

Juruteknik Teknologi Maklumat (IT) Syed Yuzani Syed Yunus, 40, yang menetap di Desa Pandan di sini, mengakui khuatir untuk menghantar anak sulungnya Syed Luqman, 7, ke sekolah dalam keadaan pandemik Covid-19 yang belum reda.

Namun, Syed Yuzani akur dengan keputusan kerajaan dan yakin dengan kemampuan guru serta pihak sekolah dalam mengendali­kan murid supaya sentiasa mengikut SOP ditetapkan.

“Ikutkan risau juga untuk menghantar anak ke sekolah memandangk­an dia baru memasuki tahun satu dan kita sedia maklum dengan ancaman Covid-19.

“Perasaan sedih ada juga kerana tidak dapat menemaniny­a pada hari pertama sehingga ke dalam sekolah,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Sementara itu, ibu murid tahun satu, Nur Hidayah Roslin, 34, yakin dengan kemampuan guru memantau murid serta memastikan sesi pengajaran dan pembelajar­an berjalan lancar walaupun dalam situasi norma baharu.

“Saya menyambut baik keputusan kerajaan membuka semula sekolah kerana langkah itu dapat memberi pengalaman dan pendedahan kepada anak saya mengenai suasana pembelajar­an dengan guru di sekolah.

“Ini kerana agak sukar untuk mengawal pembelajar­an anak di rumah dan saya percaya guru di sekolah dapat membantu kerana mereka semua adalah pendidik yang berkaliber,” katanya.

Pemandu e-hailing, Abdul

Rahim Abdullah, 49, pula menyifatka­n pengajaran dan pembelajar­an (P&P) secara bersemuka lebih berkesan untuk anak bongsunya, Nur Atilia Syifa, 12, yang disahkan autisme sejak lahir.

“Saya ada belikan anak peranti tablet dan isteri yang membantu memantau pembelajar­annya di rumah.

“Namun, tahap pemahamann­ya tidak sama dengan murid normal jadi saya sokong keputusan kerajaan membuka semula sekolah kerana yakin P&P secara bersemuka dapat membantu anak saya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia