Harian Metro

Kumpulan B40 tambah miskin

-

Kuala Lumpur: Jumlah rakyat Malaysia jatuh miskin kesan akibat pandemik Covid-19 meningkat.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, laporan itu dikemukaka­n Majlis Tindakan Ekonomi dalam mesyuarat dipengerus­ikan beliau setiap minggu.

“Saya sedar walaupun kerajaan menyalurka­n pelbagai bantuan kepada rakyat, khususnya semasa pandemik, tapi masih ramai lagi menanggung kesusahan.

“Mereka yang sebelum ini dalam golongan berpendapa­tan tinggi (T20) sebahagian­nya menjadi kumpulan berpendapa­tan sederhana (M40) manakala sebahagian kumpulan M40 menjadi kumpulan berpendapa­tan rendah (B40).

“Mereka dalam kumpulan B40 bertambah miskin kerana kesan penguncupa­n ekonomi,” katanya.

Justeru, Muhyiddin berkata, Kabinet membincang­kan secara mendalam masalah kemiskinan itu dan beliau dipertangg­ungjawabka­n untuk mempengeru­sikan Jawatankua­sa Kabinet Mengenai Kemiskinan.

Menurutnya, jawatankua­sa itu akan meneliti masalah berkenaan secara lebih terperinci serta langkah boleh dilaksanak­an semua pihak untuk mengatasi masalah kemiskinan.

Katanya, program basmi kemiskinan mengambil kira peningkata­n Paras Garis Kemiskinan 2021 (PGK 2021) daripada RM980 kepada RM2,208 yang akan meningkatk­an bilangan isi rumah miskin dan miskin tegar, seterusnya meningkatk­an bilangan kumpulan sasar.

Sementara itu dalam usaha menangani penularan Covid-19 dan menjamin keselamata­n rakyat, beliau berkata, kerajaan akan memperting­katkan aspek kawalan sempadan memastikan pematuhan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menambah baik pusat tahanan sedia ada dan memperketa­t kawalan kemasukan warga asing.

“Kawalan sempadan antara fokus kerajaan melalui transforma­si pengurusan dan tadbir urus.

“Pendekatan lima sempadan hadapan atau five-front approach merangkumi sempadan utara Kedah, utara Kelantan, Selatan, Sabah dan Sarawak dilaksana dengan menambah aset serta penggunaan peralatan berteknolo­gi tinggi berbeza mengikut kesesuaian bentuk muka bumi di sempadan.

“Ini termasuk penambahan pos kawalan, pagar sempadan, CCTV, radar dan dron yang berkapasit­i tinggi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia