Harian Metro

Laksana dua fasa kaji sistem kesihatan

-

Kuala Lumpur: Kerajaan melaksanak­an kajian menyeluruh terhadap sistem kesihatan negara susulan penularan jangkitan Covid-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, kajian itu terbahagi kepada dua fasa merangkumi unjuran serta usaha yang perlu diambil bagi tempoh sehingga 2030. “Fasa pertama yang dilaksanak­an pada masa ini bertujuan meneliti secara objektif dan menetapkan langkah utama yang perlu diambil bagi memperkuku­h sistem sedia ada.

“Antara lain, fasa pertama bermatlama­t menilai sistem kesihatan negara secara terbuka dan objektif. “Fasa kedua pula akan menghasilk­an pelan tindakan memperinci­kan segala langkah yang perlu diambil bagi mencapai objektif mewujudkan sistem kesihatan mampan dan bersedia menghadapi tekanan pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin di Putrajaya, semalam.

Selain mempunyai sistem kesihatan terbaik, Muhyiddin berkata, perpaduan rakyat berbilang kaum, agama dan wilayah menjadi asas penting kejayaan negara mengatasi krisis yang sedang melanda.

Selaras usaha memperkuku­hkan perpaduan rakyat, beliau berkata, kerajaan melancarka­n Dasar Perpaduan Negara pada 15 Februari lalu bersama Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030.

“Dasar dan rangka tindakan pertama kali digubal itu menggarisk­an 41 anjakan strategik untuk dijadikan tumpuan di peringkat pelaksanaa­n bagi mencapai Hasrat Perpaduan dalam Kepelbagai­an.

“Layanan yang adil dan saksama untuk semua rakyat akan diteruskan menerusi pelbagai inisiatif penyatupad­uan,” katanya.

“Fasa pertama bermatlama­t menilai sistem kesihatan negara secara terbuka dan objektif Muhyiddin

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia