Harian Metro

Pesanan terakhir dari bakal tunang

Anggota APM minta jaga diri sebelum maut terbabit kemalangan

- Oleh Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

“Arwah ada menghantar kiriman WhatsApp kira-kira jam 4.30 petang semalam (kelmarin) dan minta saya jaga diri, teruskan perniagaan dan jaga mama dan abah dia,” kata Muhammad Amirul Rusli, 37.

Dalam kejadian jam 9 malam kelmarin, bakal tunangnya, Nur Fariesha

Alia Azizan, 23, meninggal dunia dalam kemalangan selepas kereta Perodua Viva dipandunya terlanggar treler di Kilometer 22.1 Lebuhraya Utara-Selatan di Jalan Alor Setar, Bukit Kayu Hitam, malam kelmarin.

Nur Fariesha yang juga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kubang Pasu itu dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya. “Saya tak sedap hati dengan kiriman WhatsApp itu sebab agak pelik, tapi saya tak nak fikir apa-apa ketika itu.

“Tak sangka ia jadi petanda dia akan pergi buat selama-lamanya,” kata Muhammad Amirul.

Menurutnya, ketika kejadian Nur Fariesha baru selesai bertugas di Stesen Kuarantin Covid-19 Institut Aminuddin Baki di Kubang Pasu.

Katanya, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Resak, Changlun.

“Kalau ikut perancanga­n, kami berdua berhasrat untuk mengikat tali pertunanga­n sebelum Ramadan nanti dan arwah mahu pulang ke Langkawi pada Sabtu ini untuk meminta restu ibunya dan menyampaik­an hasrat mereka itu.

“Apa yang kami rancangkan tidak kesampaian apabila arwah pergi buat selama-lamanya dan saya berasakan seperti mimpi apabila dia sudah tidak ada,” katanya yang juga anggota APM Kubang Pasu.

Muhammad Amirul berkata, dia berniaga sate pada waktu malam manakala sebelah siang bertugas di APM Kubang Pasu.

Katanya, biasanya arwah akan singgah ke gerainya di Jalan Manggol, Tunjang setiap kali pulang kerja, tetapi kelmarin dia tidak singgah.

“Tak lama kemudian, saya terima panggilan yang mengatakan Nur Fariesha terbabit kemalangan dan bergegas ke tempat kejadian.

“Saya hanya melihat dari jauh kemalangan itu dan anggota bomba sedang mengeluark­an jasad arwah kerana dihalang rakan-rakan untuk mendekati tempat kejadian kerana bimbang saya tak dapat kawal emosi,” katanya di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Menurutnya, dia mengenali Nur Fariesha Alia sejak rakannya itu berkhidmat dalam APM Kubang Pasu empat tahun lalu.

Katanya, arwah seorang yang sangat tegas dalam kerja, tetapi sangat penyayang dalam hubungan mereka.

“Setiap kali operasi, dia yang akan mengetuai pasukan dan amat disegani dalam kalangan anggota dan pegawai.

“Saya reda dengan pemergiann­ya walaupun sukar untuk dicari ganti kerana dia sangat baik,” katanya.

Jenazah Nur Fariesha Alia dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Gelam, Jitra untuk dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hijrah.

 ??  ?? MUHAMMAD Amirul menunjukka­n gambar Nur Fariesha yang maut dalam kemalangan di Kilometer 22.1 Lebuhraya Utara-Selatan Jalan Alor Setar-Bukit Kayu Hitam.
MUHAMMAD Amirul menunjukka­n gambar Nur Fariesha yang maut dalam kemalangan di Kilometer 22.1 Lebuhraya Utara-Selatan Jalan Alor Setar-Bukit Kayu Hitam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia