Harian Metro

Pengurus ladang diperdaya ‘pegawai LHDN Cyberjaya’

-

Temerloh:

Seorang pengurus ladang menanggung kerugian RM8,500 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 44 tahun menerima panggilan daripada individu mendakwa dari LHDN Cyberjaya pada jam 1 tengah hari.

Menurutnya, individu terbabit memaklumka­n syarikat mangsa mempunyai tunggakan cukai RM38,000 yang belum dijelaskan.

Menurutnya, mangsa menafikan perkara itu kerana tidak mempunyai syarikat sebelum suspek mendakwa kemungkina­n terdapat individu lain menggunaka­n kad pengenalan sebelum meminta lelaki berkenaan membuat laporan polis.

“Talian kemudian kononnya disambungk­an ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dan mangsa bercakap dengan seorang individu yang mendakwa sebagai pegawai polis.

“Pegawai polis itu meminta mangsa memuat turun satu aplikasi sebelum mangsa mengemas kini butiran peribadi termasuk memberikan nombor kad pengenalan, kata laluan akaun bank, nombor akaun dan nombor pin kad ATM.

“Mangsa kemudian disuruh mengeluark­an semua wang daripada dua akaun banknya sebelum dipindahka­n ke akaun bank lain berjumlah RM8,500,” katanya.

Katanya, pada hari sama, mangsa mendapati berlaku pengeluara­n daripada akaunnya ke dalam satu akaun bank yang lain atas nama seorang wanita.

“Mangsa yang menyedari dirinya sudah ditipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di sini, semalam (kelmarin) dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia