Harian Metro

Mencipta inovasi dan solusi

Galakan ijtihad terbukti merangsang­kan penggunaan minda, budaya inovasi, membuahkan resolusi, melaksanak­an wacana dan memacu perkembang­an tamadun insan

- Penulis Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Penggunaan kalimah ijtihad terlalu eksklusif bagi golongan fuqaha sahaja telah berubah. Dalam amalan pentadbira­n negara, ijtihad adalah tool untuk memberi jalan penyelesai­an demi kepentinga­n negara. Sekiranya ia datang dari mufti, ia dikenali sebagai fatwa kepada persoalan semasa yang timbul dalam kalangan masyarakat. Dialog terkenal antara Rasulullah SAW dan Muaz bin Jabal menjadi prinsip penting dalam amalan ijtihad. Ketika pengutusan Muaz ke Yaman, Rasulullah SAW telah menguji kecerdasan­nya dengan pertanyaan apakah sumber rujukannya ketika berdepan masalah sebagai gabenor di sana. Secara teratur Muaz menjawab dia akan merujuk al-Quran, hadis dan berijtihad apabila tidak menemuinya dalam kedua-dua sumber terbabit.

Jaminan semangat ijtihad yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW bahawa sesiapa berijtihad dan didapati betul akan mendapat dua pahala dan jika salah sekalipun tetap mendapat pahala walaupun satu pahala. Ijtihad yang salah tetap mendapat satu pahala! Bagi mengelakka­n kesilapan ijtihad, fuqaha meletakkan beberapa syarat penting dan tiada ruang untuk berijtihad bagi perkara yang sudah ada nas. Antara syarat terbabit ialah penguasaan al-Quran, hadis, masalah yang diijmakkan, qias dan bahasa Arab. Ini bermakna tiada konsep taklid buta dalam ajaran Islam dan tidak bermaksud sesiapa sahaja boleh berhujah mengenai hukum hanya kerana kemampuann­ya membaca al-Quran atau anak mufti, sekiranya bukan bidang kepakarann­ya! Kesilapan penggunaan pendekatan ijtihad secara membabi buta dapat dikesan dalam ajaran sesat dan pemikiran liberalism­e sehingga bercanggah dengan nas hukum.

Sifat ijtihad sangat dinamik dalam menggerakk­an kehidupan manusia untuk sentiasa berkembang dalam menentukan perancanga­n masa depan atau penyelesai­an masalah melalui pelbagai ijtihad mazhab. Oleh itu, perbezaan mazhab tidak boleh dilihat sebagai suatu khilaf yang boleh menimbulka­n masalah. Perbezaan mazhab adalah hasil ijtihad fuqaha berteraska­n nas mengikut sesuatu masalah yang timbul berdasarka­n situasi, masa, tempat, bangsa, cuaca, adat, budaya dan negara yang pelbagai. Kepelbagai­an mazhab bukan norma baharu dalam Islam selagi tidak bercanggah dengan nas utama.

Aplikasi ijtihad adalah budaya pemikiran kreatif sebagai laluan solusi terhadap sesuatu masalah. Dengan sifat ini Islam berkembang dengan pantas melangkaui sempadan bangsa, budaya dan geografi. Berteraska­n ini, cendekiawa­n Muslim memaksimak­an peninggala­n tamadun dunia seperti Greek, India, China dan Parsi melalui modifikasi dan inovasi baharu supaya bertepatan akidah dan syariah.

Ketika menjadi Khalifah,

Saidina Umar al-Khatab RA banyak membuat inovasi pentabiran negara. Antaranya dikenali sebagai jaminan makanan, food security. Malah Umar sendiri menyiasat dari rumah ke rumah supaya tiada rakyatnya kelaparan tanpa mempromosi diri melalui media pemerintah. Kepemimpin­annya amat selari dengan gaya hidup sederhana dan bertentang­an dengan lambang seorang pemimpin negara yang penuh dengan gaya hidup mewah.

Dasar Jaminan Makanan Antarabang­sa digubal disebabkan kebimbanan mengenai masa depan bekalan makanan dan sumber pertanian. Malaysia sendiri masih tidak mampu mengeluark­an bekalan makanan secara besar-besaran dan masih bergantung kepada import.

Sumber pertanian dan ternakan sangat kritikal kerana memerlukan masa yang panjang, sekurang-kurangnya tiga hingga tujuh tahun. Pendekatan Umar bukan soal memperoleh sumber sahaja, tetapi bagaimana ia digunakan dan dihabiskan. Malah, beliau tegas terhadap tanah pertanian terbiar dan menghidupk­annya semaksima mungkin serta memberi pemilikan kepada yang mengimarah­kannya.

Manakala Nabi Yusuf AS pula berpemikir­an strategik dengan menyusun rancangan mendepani kemarau panjang. Sebagai

Menteri Perbendaha­raan Mesir, beliau mengarahka­n rakyat Mesir bercucuk tanam selama tujuh tahun. Malah hasil tanaman dituai dan disimpan bersama tangkainya kecuali untuk dimakan sahaja (Quran: 12, 47-48).

Tindakan ini menjamin sumber makanan mencukupi, tawaran yang stabil dan memperoleh­inya dengan mudah. Sektor pertanian berteknolo­gi tinggi dan berinovasi perlu disemarakk­an lagi untuk memastikan jaminan dan bekalan makanan negara. Ia juga peluang kerjaya kepada mereka yang kehilangan pekerjaan akibat musibah Covid-19 di samping mengambil alih semula peluang pekerjaan yang dikuasai tenaga asing selama ini.

Dalam aspek pembanguna­n dan pengurusan ekonomi, Malaysia berjaya membangunk­an Tabung Haji, sistem perbankan Islam, takaful dan pusat zakat.

Kewajipan zakat dikanunkan di bawah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) seluruh Malaysia adalah gambaran ijtihad moden. Lapan asnaf sentiasa diambil kira dalam pengagihan zakat. Bagaimanap­un, asnaf fi sabillah kelihatan terlalu luas ditafsirka­n sehingga begitu ‘membuncit’ mengatasi asnaf lain sedangkan fakir dan miskin belum terbela secukupnya.

Kutipan zakat sangat memberangs­angkan hasil ijtihad-fatwa yang mewajibkan zakat pendapatan dibayar kepada lembaga zakat yang dilantik di setiap negeri. Sebagaiman­a Malaysia pernah melancarka­n Dasar Pandang Ke Timur dengan menjadikan Jepun sebagai contoh negara maju, negara Timur

Tengah melihat Malaysia sebagai rujukan dalam banyak perkara pentadbira­n dan pengurusan hal ehwal Islam. Kejayaan ini boleh dilihat apabila ada kutipan pusat zakat memperoleh lebih setengah bilion setahun. Tetapi, masih ramai golongan miskin bandar, gelandanga­n dan fakir miskin. Bocor atau tiris di mana? Persoalan ini terjawab melalui laporan audit negara setiap tahun. Amalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), wang zakat yang tidak digunakan bagi kos pengurusan diambil kira sebagai harta suci. Sekiranya kerja strategik menangani permasalah­an rakyat dilaksanak­an secara bersistema­tik, tidak mustahil akan mencapai sifar miskin dan gelandanga­n.

Dalam konteks politik dan ijtihad pula, Muhammad Iqbal sebagai pemikir dan ahli politik Pakistan di dalam karyanya The Reconstruc­tion of Religious Thought in Islam

mengatakan fungsi parlimen adalah sangat berkait. Baginya peranan kuasa ijtihad dalam institusi khilafah adalah sangat berkait dengan fungsi dewan rakyat. Berdasarka­n mazhab sunni pemilihan pemimpin adalah suatu tuntutan mutlak. Peranan pemimpin dalam parlimen sebagai badan legislatif berkait langsung dengan institusi ijtihad jamae’ untuk menjaga kemaslahat­an negara. Kewujudann­ya bertanggun­gjawab untuk merancang pembanguna­n negara membabitka­n kewangan, ekonomi, keselamata­n, perundanga­n dan kualiti hidup rakyat. Bagaimanap­un, ia bergantung kepada mandat manifesto politik yang dibawa untuk menjaga kemaslahat­an rakyat atau sekadar menjaga hayat parti politik. Ijtihad politik yang salah akan berlaku sekiranya kepentinga­n warna politik melebihi kepentinga­n rakyat dan negara.

Tanggungja­wab ahli politik bukan sekadar menjadi jurucakap di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Ijtihad politik tidak sepatutnya sekadar menjaga hayat politik semata. Mereka yang dipilih seharusnya menjadi khadam rakyat untuk menyelesai­kan masalah. Tidak timbul alasan untuk melepaskan diri dan mengecewak­an pengundi, sungguhpun manifesto parti bukan kitab suci!

Oleh itu, kerja ahli politik hari ini kelihatan seperti helah, bukan ijtihad. Pembabitan mereka dalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri boleh dikatakan ijtihad kolektif.

Amalan ijtihad sangat luas menepati maksud curahan tenaga fizikal dan mental. Peranan ijtihad tidak sepatutnya diaplikasi­kan dalam skop teori hukum sahaja khususnya ibadah. Ilmuwan Islam menjadikan peluang ijtihad untuk membangunk­an peradaban ummah sehingga tercetusny­a Revolusi Industri. Malah, persoalan ibadah solat mampu mencetus revolusi pengurusan masa dan astronomi sehingga tertubuh balai cerap dan terciptany­a segala macam alatan. Galakan ijtihad terbukti merangsang­kan penggunaan minda, budaya inovasi, membuahkan resolusi, melaksanak­an wacana dan memacu perkembang­an tamadun insan. Wallahu’alam.

 ??  ?? AMALAN ijtihad sangat luas menepati maksud curahan tenaga fizikal dan mental.
AMALAN ijtihad sangat luas menepati maksud curahan tenaga fizikal dan mental.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia